Assalamualaikum awak...
Sorry sangat-sangat sebab lambat nak balas surat awak yang lepas. Hmmm. Busy sikit sejak akhir-akhir ini. Sedih sangat saya baca surat awak kali yang lepas. Ooo. Rupa-rupanya awak tunjuk gembira aje depan kita orang eh?? Dalam hati awak tu agaknya banyak dah bocor sana sini, berdarah-darah. Mujur aje tak syok hipovolemik. Kalau tidak lama dah saya terpaksa lawat awak di tanah perkuburan islam. Awak... Kenapa awak simpan benda ni dalam hati sorang-sorang?? Eh... Kalau awak simpan dah lama saya tak tahu kan.
Awak cuti semester sebulan, dan awak balik Malaysia, yelah... Siapa nak raya seorang diri di perantauan kan. Saya pun balik, tapi kita tak dapat jumpa. Awak jauh nun di Kedah, dan saya terperuk di Terengganu. Insya-Allah, ada jodoh kita jumpa okay sayang.
Awak, janganlah ambil hati dengan dia sangat. Kita kena jaga hati orang tua, lagipun ayah awak kahwin dengan dia sebab ayah awak duduk sorang-sorang kan. Hmm.. Memanglah, tak sampai setahun mama awak meninggal, awak dah dapat mama baru. Saya pun sama, tapi saya mungkin tak berapa nak memahami situasi awak kerana mama saya okay sahaja dengan kami.
Oookay... So, sepanjang balik kampung hari itu awak tak balik pun rumah arwah mama awak?? Awak kena duduk rumah mama lagi satu dengan alasan, susah nak angkut makanan pergi sana-sini ualang-alik rumah dia dan rumah arwah mama awak?? Dan bila hari raya awak tak dapat jumpa pun famili sebelah arwah mama awak merangkap ibu-ibu saudara awak dan bapa saudara awak? Sebab awak ikut (atau terpaksa ikut) balik kampung mama lagi satu?? Dan terpaksa ikut ayah awak pergi beraya rumah saudara-mara yang tak berapa nak rapat sedangkan sebelah arwah mama yang tersangat-sangat rapat macam ibu sendiri pun tak jumpa? Kasihan awak.
Tetapi sebab awak dan adik awak mahu menjaga hati kedua orang tua, awak turutkan aje? Tabahnya awak. Kalau saya jadi awak, sudah pasti saya akan bertindak luar alam dengan menjadi hulk. Owh awak ada singgah sekejap di rumah ibu saudara bongsu awak, tetapi kerana beliau tiada kerana pergi kenduri, yang ada hanya sepupu awak, dan orang tua awak tak nak tunggu lama-lama, so awak pon balik lah eh? Kenapa awak tak cakap nak tidur rumah ibu saudara awak? Takut ayah marah? Okay saya faham. Dan di kampung mama lagi satu, awak terasa awkward la yer? Tapi saya kenal awak, walaupun tak biasa, awak akan try blend in with them, and show your happy face even in your heart.. Only god know what inside your heart.
Mama lagi satu pergi kursus, jadi awak dapat balik dan enjoy tinggal di rumah arwah mama awak lah kan? Saya tahu, mesti awak rindu nak balik sana sebab itu rumah awak, bukan rumah orang lain. Jadi awak dapat lah buat sesuka hati awak. Awak dapat bersihkan rumah tu, kemas-kemas before awak balik ke perantauan kan. Now I can see you smile. Owh. Dah tinggal rumah orang, nak keluar bilik tu awak mesti akan kemas bilik tu sampai licin kan. Saya tahu, awak akan vacuum bilik tu, mop sampai takde satu habuk pon yang tinggal. Bilik air yang awak guna pula pasti awak akan ‘GONYOH’ sehingga satu kotoran pun tiada sebab ayah awak dah pesan awal-awal suruh bersihkan macam tiada siapa yang guna that toilet kan?? Well girl, you are so strong.
Hmmm... Adik awak cerita pada awak yang dia bergdauh besar dengan mama lagi satu sebab adik awak kalau pergi mana-mana memang tak bawak mukenah, dia hanya akan bawa stokin extra sahaja kerana adik awak tu sorang yang suka pakai baju kurung, jubah dan kalau pakai seluar pon jenis yang baggy, same goes to the top aite? Mama lagi satu cakap cara adik awak solat dengan tidak memakai mukenah salah sebab tak tutup aurat, yaitu tidak menutup bahagian dagu. Hmmm... Dan adik awak juga cakaplah dia dah tanya pendapat ustaz dia, dan beliau cakap dagu bukan aurat wanita. Yelah kan, kawan-kawan saya pon ramai yang solat macam itu, dan awak pon solat macam itu juga kan? Awak lagi ganas, siap dengan pakai coat lagi, solat di tepi jalan. Dah lah masa itu autumn. Sejuk kot. Dan saya juga pernah terbaca yang dagu itu bukan aurat wanita. Mereka gaduh besar sebab mama lagi satu seperti memperlekehkan adik awak macam lah adik awak itu tiada ilmu, walhal, adik awak itu agak tinggi ilmunya dan teman-temannya juga bukan calang-calang. Saya harap adik awak tabah. Lagipun adik awak dah nak fly dah pon. Jauh pula tu, sama macam awak. Dua-dua tinggalkan saya. Haha. Gurau sahaja.
Eh... Adik awak dah fly? Dan semasa hantar adik awak kelmarin awak tak dapat pon tidur di rumah ibu saudara awak yang di selangor tu sebab awak kena tidur di rumah adik mama lagi satu? Dan ibu saudara awak itu awak dah anggap macam ibu sendiri kerana dari kecil beliau lah yang jaga, asuh awak bagai menatang minyak yang penuh semasa arwah mama awak pergi sambung belajar? Awak pergi rumah dia pun kerana nak ambil barang-barang adik awak inggalkan, yang memang ayah awak suruh beliau jemput adik awak semasa adik awak buat persediaan di kl hari itu? Banyak jasa beliau kepada awak dan adik-adik awak. Saya tahu, awak mesti rasa terkilan bukan kerana tak dapat tidur di rumah beliau. Dan awak mesti takut beliau berkecil hati. Saya kenal sangat awak ni.
Awak... walaupun layanan dia dingin, tetapi hangat dihadapan orang ramai dan hanya suka kepada adik lelaki awak, tetapi taraf dia sama macam taraf ibu kandung awak taw. Eh... Awak jangan lah tanya soalan ni, “Kita nak jaga hati dia seorang, tetapi pada masa yang sama hati kita tak terjaga pon. Dan mana yang patut kita lagi jaga hati, ibu tiri yang tiada apa-apa pertalian darah dengan kita tetapi taraf beliau sama dengan arwah mama kita atau ibu saudara kita yang memang our blood and bones dan banyak jasa pada kita dari kita kecil sampailah kita dewasa dia jaga kita?” Well honestly... I don’t know the answer. Okay, I get it. She who is your new mama is nice but she never understand you guys aite? She always think she is right and highty mighty and she also lack of ‘Sifat Keibuan’? Okay... She is also trying her best to be a mother.
Maaf sayang kerana tak dapat nak memahami situasi awak. Awak mesti cerita pada saya semua ini kerana ayah saya juga berkahwin lain dan saya ada ibu tiri kan? Tapi kan sayangku, awak jagalah hati ayah awak, jangan kasi dia terluka. Dia yang tatang awak dari kecil sampai lah awak dewasa kan. Walaupun awak selalu cerita yang dia suka mengungkit-ungkit dan buat awak kecil hati, dan awak memberontak dan protest senyap dalam hati. Baik buruk, dia ayah awak juga kan. Apa yang dia ungkit tu, awak anggap lah itu pesanan ayah awak supaya awak lebih berhati-hati di masa hadapan. Awak kan nak jadi anak mithali.
Eh... do you still listen to those rock songs??? I know you still listen to them aite’? Especially when you stress, sad, angry or in a protest mood. Eh, awak jangan lah tak nak balik rumah pulak nanti bila ada cuti lama-lama. Suka hati awak lah kalau awak tak nak balik. Kawan-kawan balik, awak nak tinggal sorang-sorang? Apa? Awak kata lagi BEST duduk sorang-sorang daripada makan hati dengan dia? Hmmm... Ayah awak macam mana? Eh, mana bisa begitu donk... ayah awak memanglah nikah dengan dia sebab nak kasi ada orang jaga pakai minum ayah awak, tetapi... awak “Whatever” saya eh or cakap “I don’t care” tahu? Emm... kalau cuti seminggu awak balik, tapi kalau cuti sebualn dua bulan awak tak nak balik la eh? Suka hati awak, asal awak balik jenguk ayah awak sudah.
I love you sayang.
paperKELIP : This letter I wrote to her, who is very very STRESS, SAD and LONELY. She only have me and her sister who know/understand her.
No comments:
Post a Comment