Monday, 21 June 2010

SILENCE PLEASE

shutup

I will close my mouth and not saying anything unnecessary when I am in a crowd or among the friends that I am not close with.

Because Action Speak Louder Than Word

Okay sangat poyo. Jangan kasi aku cakap apa-apa kalau korang nak mintak pandangan atau komen, nanti korang akan rasa sakit hati dan dalam hati korang akan berbunyi seperti ini “Agak-agak kalo aku dapat terajang minah ni kuat-kuat bersepai tak kepala dia”. Percayalah. Housemates aku cakap kata-kata aku sangat kejam walaupun sebenarnya aku tak tahu pon ayat tu kejam.

Contoh : Seronok-seronok tengok gambar orang pergi dinner pakai baju lawa-lawa, sari, cheongsam, kebaya, dress labuh-labuh, punya lah cantik tahap dewa mati hidup balik, bergambar bagai, kat dalam dewan lah, tepi air terjun buatan, kat tangga hotel, dan ada seorang makhluk tuhan ni pakai baju cantik, orang pon lawa, kawan-kawan dan termasuk aku sekali terpesona dengan kecantikan dia. Dan boleh aku komen “ Cantik baju dia ni, sesuai ngan kaler kapet kat bawah tu”, dan mereka semua memandang aku dengan muka terkejut “Tehah tak baik lah”, “Tehah ko cakap apa tadi?” dan berbagai respon lagi.

Ok, aku sangat lah tak bermaksud nak berkata-kata kejam, mungkin sebab itu adalah benda pertama yang aku terlintas dalam kepala otak fikiran aku, memang dah kapet ngan baju dia kaler sama, tanpa tapis aku pon melontarkan kata-kata itu.

Banyak lah lagi benda yang tak sepatut aku cakap tapi aku tak tahu aku tercakap tanpa sedar. Otak kanan dan kiri aku dah mengalami perlanggaran kot, semua maklumat dah tertukar kiri-kanan, pusat bahasa aku pon dah bengong agak nya. Kata-kata sinis dan pedas je yang keluar. Hohoho.

paperkelip : watak Parker dalam Leverage pon cakap ikut suka hati dia jer.

signature2

No comments: