Sunday 29 April 2012

I am A VERY BLUR LADY...

Seriously... I am very very blur when someone talk politic with me..
I am like, wtf they talking about ??? Hello, I am losing here ... Okay I give up, I don’t know what you guys talking about, Imma outta here.

Itu lah consequence nya sebab, bila aku bukak mulut dan borak-borak dengan kawan aku, aku bukan nya akan cakap pasal benda-benda yang berpolitik, benda-benda yang knowledgeable memang lah banyak sebab kita orang kan student, cakap pasal Morbus Hensen tu macam benda biasa, atau macam mana nak betulkan paip yang bocor bila takde orang kat rumah.

But no politic okeyh... Sebab kitaorang amek medic kot, sebab orang-orang bidang kesehatan ni, memang akan duduk kat barisan paling belakang dalam perang, kerja kitaorang adalah menyelamatkan nyawa, panjang nyawa dia, dengan izin Allah hidup lah orang tu walaupun maybe tak akan sempurna macam mulanya.

Walaupun aku ni dikira manusia paling lembab dalam membaca gerak geri politik, tapi aku sangat sayang lah kat negara aku, tak pernah terfikir pon nak tukar identiti jadi orang Russia, atau orang Arab, apatah lagi nak jadi orang sini, walaupun aku akui negara ni agak best. Tak kira lah aku ni pembangkang atau pemerintah...

And to you who I don’t even know who you are, you just make one of my friend very-very sad, and you don’t know by making my friend sad, you just make my friend stress... When my friend stress, my friend will go jogging. Okay. eh ??? You wanna know why? Owh, why should I..?

Friday 27 April 2012

HUMAN... NO????

Aku ada kenal seorang ni... aku rasa dia bukan manusia, atau benda-benda yang bernyawa yang punya perasaan yang lain, kucing contohnya. Kucing ada perasaan tahu tak!

Why ??? Because... If I said I am heartless, cold soul person, well this one is worse than me. At very least, as a human, I still reply my friend text with concern and empathy when they in trouble, sad or happy. Yes. And you??? I don’t understand why I am still your friend.

.Next time you text me, I will delete your text.

THAT’S WHY I HATE TO MAKE FRIEND WITH XY. NO OFFENSE!

__________________________________________________________

Daripada aku melayan makhluk yang aku pun tak pernah tahu species dia apa nih, yang penting dia bukan Homo sapiens, sebab Homo sapiens ada common sense. Dia ni, conscience pon takde tahu tak...! Baiklah aku melayan DBSK ke. Tengok Jaejoong sejuk hati aku... Tengok kau, buat aku sakit jiwa raga je.

So JJ, berapa kali aku nak ulang pertanyaan ni, bila nak masuk meminang aku ???

signature2

Thursday 26 April 2012

WHAT SHOULD I DO...

what_should_I_do__by_Ducksale

A friend of mine, who is XY chromosome, of course, the one and only XY friend that I really-really comfort with, guess what, he is going to engage this MAY!!! Next month you! next MONTH! I am so happy for him, and he is going to get married soon.

But, before we end our conversation just now, he made me to promise him that I have to get married before him.

OKAY... Why should I the one who is going to marry before him? Dia yang tunang dulu. BENGONG. Dah lah tak nak “NO” as an answer. Gila je lah mamat nih.

Getting married is not an option, but a must kot zaman dulu-dulu. Until now I don’t understand, why people at my age is so desperate to getting married, desperate here is not a bad word. If you have someone (like my friend here), have a job, settle down, and ready to build a family. Kawen je lah…! :)

Ni aku, study tak abeh lagi, settle down? settle up ade lah aku nih, terumbang-ambing di langit biru, ikut angin nak tolak aku pergi mana, yang penting akan aku coba untuk lawan angin tu supaya aku tak drift jauh dari track yang aku tengah lalu sekarang, semangat kena kuat. Dan aku takde calon sebab aku demand sangat kan, walau benda yang aku demand tu satu je yang aku nak.

Jadi my dear old friend, macam mana lah Puteri Hang Li Po nak kahwin kalau Sultan Mansur tak masuk meminang. Sultan Mansur tak muncul lagi, dia penakut lah kot sebab Hang Li Po ni suke main redah. Asal boleh je.

When the right time come, insya-Allah, I am not someone who decline or deny a marriage... and I can’t say ‘NO’ right. ;p

signature2

Wednesday 25 April 2012

WHAT ONE PIECE TAUGHT ME...

I really really love reading manga and watching anime. My most favourite of all is ONE PIECE.

better thing 
zoro

zeff
luffy 
sedih 
(Picture and meme credit to mangareader)

Well, Justin Bieber never taught me anything... Justin Bieber ? Puhlease lah girls... Luffy lagi awesome kot.

signature2

JEALOUS MUCH...

Aku bosan, jadi apa kata aku try update blog ni lagi untuk kali ke-2 hari ini. Yeah baby, I rule my own blog.

So... I am so jealous, jealous and jealous, watching my friend at my age getting married, one by one, engaged, and completing half of the deen. Yes I am jealous.

But, why am I so jealous when I am so demand ??? I want a husband who I am feel comfortable with like a brother. And I don’t find any of my male friends, even my ex that quality that I’ve been searching for... I am awkward with them, they look alien to me, and I look German to them.

So to male out there or XY chromosome karyotype, treat me as a FRIEND, not as GIRL... If you see me as a girl, you are so wrong. Ok, maybe I am XX chromosome, but it doesn’t mean I am weak, tears factory, or a weirdo. Ok I admit, I am a weirdo. But I am no freak okay.

I will never find any comfort with this XY chromosome as long as I am XX chromosome, except for my abah and brothers lah. Owh maybe I am a gay ?? You know what, you maybe right, but hanging out with my GIRLSFRIEND doesn’t mean I am GAY. Hello, look around please. And look at me... I am moslem,  my partner or hubby should be XY chromosome.

So what about XYY teha? They are male to, only with extra Y. As long as he is in control, then it’s ok. You know... they tend to be criminal, especially rapist. Aku tak kata, tapi kajian yang kata.

Okay... although I said I am not going to marry before, or I am not ready whatsoever (memang tak ready pon), but, truly deep inside my heart ... PERLU KE KAHWIN? Hokeyh aku agak jealous, tapi aku jealous kejap je bila tengok gambar sebab aku tak rasa aku mampu untuk pikul beban rumahtangga  kat bahu aku ni, dah lah terbeban dengan benda-benda medic nih. Jatuh bahu aku,sape nak reposisi ?? Kalau dengan reposisi boleh bantu hilangkan beban takpe jugak kan.

Solution, kahwin lah korang, aku ada lagi banyak cita-cita menarik yang aku nak capai... Sebab aku nak jadi DOCTOR. A very great SURGEON and a DAUGHTER. :)

signature2

HIDUP MESTI TERUS MAJU... TIME NEVER STOP TO LET YOU SLIP.

Daniel__s_Facepalm_by_xAikaNoKurayami

Facepalm banyak-banyak kali pun memang tak akan lega, tapi bila dah hantuk kepala sendiri kat telapak tangan, rasa macam sedar diri lah jugak yang kita dah buat silap.

Aku terpaksa ulang farmako blok 15 sebab aku dah amek sp aritu tapi aku tak tahu lah kenapa tak lulus-lulus, sebab soalan tu susah tahap bangang atau aku yang bangang walaupun aku rasa aku dah hafal semua ubat kulit tu. Mungkin Allah swt tak buka lagi rezeki untuk aku lulus farmako blok 15 tu aka ubat-ubat untuk penyakit kulit kelamin.

Nak di jadikan cerita, disebabkan aku kena ulang dengan junior 2010, maka adalah praktikum aka lab. Dan aku rasa kelakar tengok junior-junior ni terkial-kial masa lab farmako, owh fatehah kau pon dulu 2x5 je. Disebabkan ada lab, makanya adalah ujian untuk lab sekali, dan disebabkan uni aku ni dah tukar sistem dari ujian 1 paper 1 subjek ke semua subjek 1 paper, maka aku ingat ujian teori anak-anak ulang pon akan bersama ujian integrasi junior ni.

Ujian untuk lab adalah pada hari isnin kelmarin dan ujian integrasi tu adalah hari jumaat ni, walaupun aku tak kena amek ujian integrasi, just ujian teori farmako, maka aku sangat yakin, yakin gila, kalau boleh ukur tahap yakin aku ni guna meter, pasti meter tu dah mencecah ke tahap petala kelapan. I am like 100% sure, convinced, that test will take this Friday. Yes.

Jadi pada hujung minggu lepas, walaupun aku frust menonggeng macam kera tak dapat bunga, aku gagahkan jugak lah diri aku ni untuk study lab farmako tu. Study balik how to prescribe skin medication to patient, how to write a prescription, what is marmot... eh ??? Marmot tu binatang uji masa kita orang buat lab hari tu, ada 4 ekor, 2 ekor dah kena suntik dengan antihistamin 30 minit sebelum uji kaji, 2 ekor lagi tak, sebagai parameter je. Marmot yang tak kena suntik tu kena bronkospasme masa kena semprot dengan histamin, menggelepar gak dorang, nasib tak mati je sebab cepat-cepat suntik dia dengan antihistamin, nyawa tu weyh, nyawa tahu tak ?? Dah takat tu je cerita marmot tu.

So, sebab aku macam way too convinced, maka masa hari ujian tu aku macam terkejut tahap gajah kena sergah dengan harimau bila kawan aku cakap, “Gag Fatehah, ini bukan cuma ujian praktikum aja, tapi sama teori”. Aku macam dah WTF!!!! aku tak tahu pon. Kalau ikut kartun meme tu memang reaksi aku dah FUUUUUUUU! Aku masuk dewan peperiksaan dengan hati yang cuak, rasa macam akulah manusia paling bodoh saat itu. Dapat je paper aku terus jawab soalan lab, tapi aku jeling-jeling gak lah soalan teori tu, mana tahu kot-kot Dr Yas tanya, “Macam mana nak buat bom tangan?” mahu aku lolx sorang-sorang kat situ. Tapi tak sebab tiga-tiga Dr tu tanya soalan yang dalam syllabus je.

Dan nasib baik lah walaupun aku tak study teori, tapi sebab aku dah buat notes so aku pun cuba lah guna ingatan sipi-sipi aku ni untuk menembak mana yang patut. Dan nasib baik ada Herr masal, kalau tak mati aku, kalau tak lulus lagi memang double idiot lah teha oi, makan asap, tak grad-grad lah aku.

Owh, sebenarnya ada jugak orang yang senasib aku, dia pon tak tahu yang ada ujian teori bareng ujian praktikum. Dia pon cakap dia lolx sorang-sorang dalam hati. Rupa-rupanya kawan-kawan aku ingat aku dah tahu, dorang pon tak tahu aku tak tahu sebab aku tak tanya, dan lagi best orang-orang yang tak tahu  ni semua orang yang tak pakai Blackberry aka BB. Hmmm kena pakai BB ke ?? BB... LULZ.

Penting sebenarnya BB nih. Tapi aku je nampak  BB ni tak penting, BB cream penting lah kot. Muahahahaha. Boleh buat pepatah baru ni, “BB is lifesaver, without it you lost”

Tapi... walaupun aku rasa dah kena troll dan lolx to the max, aku dengan santainya balik rumah, pergi kedai, beli rootbeer dan ice-cream, sampai rumah, cari cawan, tuang rootbeer dalam cawan, letak ice cream dalam rootbeer, duk depan kipas, makan. SEDAP.

“LIFE MUST GO ON BABEYH”

signature2

Saturday 21 April 2012

CONGRATULATIONS!!!

frust__by_Marikris

Semalam aku macam down gila-gila, gila punya down sampai aku tak keluar bilik sampai pukul 2 pagi, baru aku mandi and cari makan, tapi makan pun tak sedap, maggi tu masuk angin. Tak sedap langsung. Biasanya bila aku doen dan frust menonggeng macam ni satu je ubat dia, DBSK/THSK.

Aku akan tengok semua konsert diaorang ulang-ulang, aku rasa dah dekat juta-juta kali gak aku duk ulang tayang konsert-konsert tu semua, tengok dia orang je dah boleh buat hati yg duka jadi tenang, cewahhh... Tapi apakan daya, external aku dah rosak kan, nasib baek lah ada kawan kasi aku DVD THSK 4th live tour The Secret Code, boleh lah buat aku lega.

Dan semalam jugak aku rasa membrana timpani aku hampir pecah sebab aku pasang semua lagu Rock kuat-kuat, volume yang memang to the max, super duper loud lah dan aku pakai headphone. Kalau ikut apa yang aku belajar, memang haram lah buat benda-benda macam tu, kau nak ke tiba-tiba tuli konduktif, aku rasa masa tu memang sakit gak tulang-tulang telinga aku yang 3 bijik tu. Tapi time tu aku tak peduli, aku nak jugak buat benda-benda tu.

Aku rasa kalau ak mengadu kat orang yang aku tengah frust tertonggeng-tonggeng macam tu, memang tak akan ada orang layan lah beb. Siapalah aku ni. Tapi ada seoranag manusia ni yang aku rasa aku malas nak layan call aku, tapi sebab aku malas nak layan aku tak angkat pun, sebab aku tengah lab farmasi masa tu dan Ibu Susanna tu panggil aku depan orang ramai sebab aku buat resep tu guna satu R/ je untuk dua ubat, dulu dia kata bole sekarang terbalik pulak. Maybe sebab dulu dia cakap lain aku pun faham lain.

Berbalik kepada manusia yang aku ingat dia dah tak nak kawan dengan aku tu, dia message aku tanya aku dah GRAD ke tak cakap pon kat aku. Nak je aku cakap kat dia, “Kepala hotak kau, dah berapa kali aku cakap yang aku tak dapat GRAD dengan kawan-kawan aku sebab aku extend!” tapi tak sampai hati pulak aku nak cakap macam tu. Aku balas macam biasa je lah, dah nama pun kawan. Pastu dia pun tanpa diundang kasi kata-kata semangat kat aku. Thank you lah der, kau memnag memahami perasaan jiwa raga aku masa tu.

Aku nak menangis sampai banjir bilik ni memang tak dapat lah, maybe bagi aku kalau menangis tu buat aku manja, so daripada aku menangis banjir-banjir, aku mengaji lah lepas maghrib tu sebab Al-Quran kan surat Cinta Allah swt kepada manusia, tapi lepas tu aku terus tutup semua lampu kat atas ni dan pasang lagu-lagu rocks tu kuat-kuat, lepas tu tengok DBSK/THSK. Macam takde makna je aku mengaji tadi. Ciss Fatehah, bila nak matang.

Dan aku rasa bila aku bole senyum bila tengok Jaejoong tu. Kau memang ubat lah JJ. You are my acetylcholine, dopamine and serotonin. My analgesic to my pain, and my anti-cancer.

Jaejoongie

Aku rasa mamat ni lah yang aku sayang, rindu, cinta setiap hari dan saat, dan aku rasa aku normal sebab takde lah orang ingat aku ni GAY, ada jugak lelaki yang aku suka, bukan semua aku reject mentah-mentah. So JJ, bila nak PINANG aku?? Lama dah aku tunggu ni... hehehe. Lawak cekodok je kan Fatehah neh, memang perasan habes lah yang si Jaejoong ni nak pinang dia. you know what my  my sis cakap ??? “In YOUR DREAM lah kakak”, dan adik, my answer is... “Whatever” aku nak dia je jadi suami aku. Muahahahaha.

paperKELIP : Walaupun aku frust nak mampos aku tetap nak cakap CONRATULATIONS MY DEAR FRIENDS, I LOVE YOU ALL my DARLS. DON’T MIND ME HOKEYH, I WILL FIGHT and BECOME you JUNIOR in CLINICAL.

signature2

Sunday 15 April 2012

PANDA

Okay post ini memand takde kaitan dengan apa-apa jenis panda, atau yang terkait dengan panda. Aku saja letak title tu sebab aku takde idea nak letak apa. Aku kan random.

Once upon a night, one of my male friend (which aku rapat dengan dia sebab dia teammate taekwondo aku) tanya aku, adakah aku single, dan of course lah aku single dan aku juga dah berhasrat di hati nak jadi forever alone, so aku cakap aku single dan forever alone... Dan dia pulak dengan detailnya telah mengaku bahawsanya abang dia berkenan kat aku, dan nak jumpa parents aku. Dan aku disebabkan dia ni memang suka buat lawak spastik dengan aku, aku rasa lawak dia kali ni tak kelakar pon... Serious weyh tak lawak.

Dan rupa-rupanya memang tak kelakar pon sebab tu bukan lawak spastic yang dia selalu buat kat aku, dan for the first time dia serious. Dan pada saat ini aku mati kutu. At least aku rasa aku mati kutu. Sebab aku rasa bab-bab kahwin ni aku tak pernah lagi aku terfikir nak buku kan dalam diari hidup aku, dan aku PERASAN yang aku ni muda lagi, tak habis study pun lagi dan... aku tak pernah ready untuk semua ni.

WEYH I AM ONLY 23 YEARS OLD, I AM TOO YOUNG (well at least I think I am young)... atau sebenarnya Fatehah kau tengah tunggu orang lain???

signature2

Saturday 14 April 2012

Okay... I got soooo bad news last night, but I get over it, very quickly, without feeling anything, heartless as usual, cold, try to be cool maybe, chilling myself with ‘Battleship’. Saving my weep, crying and sobbing. Hide it with a smile, a very sweet one.

Alright then... I just lost 400+++ gb of my life and I am heartless with it... and I bluff, I am sad.

But you know what, I think I am more mature now, compare to before this. There is a story, when I was 19 or maybe 20, back in 2009, I was so crazy with this korean drama Boys Over Flower, the drama was amazing, it have 25 episodes, I followed the drama, I download it and I saved it in my laptop. So, one day I cleaned up my laptop, get rid of old files yang tak guna and unconsciously I deleted that ONE FOLDER PERMANENTLY... I didn’t realise it until I rechecked my lappy, there you go, my most favourit korean drama, it gone FOREVER. Kau ingat senang ke nak download weyh, aku kena stay up a few night to download em’.

So, when I realised I download the drama, I was totally lost myself, I cried, I weep like kucing hilang anak, and I don’t get over it. I rolling on the floor, and my houssies which are my girlfriends, they called me lunatic. It just a drama Fatehah, get over it, you can download a new one. Yeah I can download em’ again but the effort I put to download the whole drama was just priceless (that was my thought at that time). A few weeks later, I back to normal. Agak lama jugak lah nk get over and move on, sebab benda mengarut tu kan. And I think my houssie (which I told her the whole story how I lost my data) must feel very very strange sebab I am not rolling on the floor and weeping like a widow when she knew it.

Well... I am sad and I feel miserable. Maybe I can retrieve my data back, maybe not, okay let just hope I can. I will bring the hdd to it centre and let the expert figure it out. Kalau nak suruh aku yang figure out alamat nya memang macam kasi beruk bunga lah. owh eh betul ke ???? Papelah. Well let take it to the bright side, maybe this is just a growing up part to be more mature and responsible.

signature2

Thursday 12 April 2012

HUMAN AGAIN...

apple

Assalamualaikum... :D

Pernah tak korang rasa macam loser gila?? Gila punya loser lah kan, tengok dunia pon macam tiada perasaan... Well, aku pernah, bukan aje pernah, tapi selalu lah kot. Aku kan perasan. eh...

Okay this is my story, story of my own experience, story that never been told by others... ahaks ;p

Adalah lebih kurang dalam 2 bulan lepas kot, waktu tu baru je abes sem 7, dan kita orang adalah cuti dalam 1 minggu, tapi waktu tu memang kelam – kelibut, I had a very tough week, a messy one, not messy as Lionel Messi, dia comel + handsome, so takpe. Masa tu lah keluar result OSCE, masa tu jugak lah keluar result sem 7 dan masa tu jugak lah aku rasa uni aku ni memang ada masalah untuk berkomunikasi dengan baik, eh bukan uni aku lah, ketua PPSK dia, amek kau, disebabkan nila setitik habis susu sebelanga. Nasib baek dokter ni cute, comel serta hansome, daripada aku berapi-api nak jumpa dia, bila dah jumpa terus padam api aku, kalau tak memang hangus lah satu kampus tu aku fire. Cess...

Owh... Rasanya masalah kat atas tu memang tak cukup untuk buat aku menjadi seorang yang tak berperasaan kan. Okay... Kronologi dia begini, adalah seoran makhluk Allah ni, dia ni memang tak faham bahasa manusia aku rasa, dah beratus juta kali atau trilion kali dah aku cakap kat dia, “What happen in the past, let it be, I don’t want you back, you cheat on me, you lie to me, and yes I am one stubborn fella, so to accept you back as a bf, it a no no situation, I will never ever accept you”

Takat nak ayat aku balik guna FB inbox, tak payah lah, kalau manusia tu daang jumpa aku bawak bunga dengan cincin pastu melutut depan abah aku pun, aku tak akan terima dia. Eh Sorry lah. “People said once a cheater always a cheater”, sebab aku rasa aku ni pon species pernah menipu masa kecik-kecik dulu, dan sekarang pon kadang-kadang aku ada lah bohong bila pak taksi tanya aku ni orang Malaysia ke, sebab aku malas nak bersoal jawab, aku cakap aku orang Brunei (hahaha), so aku rasa kenyataan kat atas tu valid and never have expired date. Dan manusia ni memang tak faham bahasa manusia, so dia paksa-paksa aku.

Dah lah buat salah tak nak mengaku, banyak alasan, alasan tak valid, lepas tu ada hati nak paksa-paksa aku, sebab aku bengang, aku block je mamat tu terus, fb, skype and ym. Aku bengang ah, dan aku stress, baru je nak happy-happy dah ada orang ragut rasa gembira aku tu, dan untuk menambah kan lagi rasa... itu lah dia uni aku... mesti korang rasa aku ni ntah apa-apa kan, benda kecik je pon dah nak kecoh. Well my dear, life is not what we look like it is.

Tak akan lah aku nak bercerita yang buruk-buruk pasal uni aku, cukup lah kita orang yang jadi mahasiswa aje yang tahu. Well at that moment, memang aku rasa aku ni bukan manusia lah, yang aku tahu waktu tu asal aku mandi dan sembahyang dah cukup, makan pon aku rasa sebab memang dah waktu makan, kalau tak makan nanti gastrik, kalau tak buat apa-apa aku baring je atas katil, mata pandang siling, tidur pon macam ayam, penuh dengan mimpi ngeri je aku rasa. Aku tak menangis, aku tak senyum sangat, aku gelakkan pon aku gelak dengan muka tak berperasaan. Waktu tu memang aku rasa aku ni dah hybrid dengan android yang dalam cerita Star Wars tu, takde perasaan.

And then, one of my girlfriends said “Teha, menangis lah kalau tu bole buat kau rasa lega, menangis bukan bermaksud kau lemah, jangan lah dengar lag merepek-merepek tu untuk hilangkan sedih” Owh yeah, aku memang dengar lagu-lagu rocks heavy metal, lega rasanya, kesimpulannya aku memang tak akan menangis, kalau aku duduk sorang-sorang pon aku tak menangis, duduk dengan dia orang lagi lah aku tak akan menangis, dan memang aku rasa dah lama gila aku tak menangis, aku rasa ductus lacrimalis aku nih tak nyambung dengan emosi aku, time aku potong bawang atau makan benda-benda pedas gila je baru dia nak merembeskan air mata.

Disebabkan aku rasa aku ni dah jadi cyborg, dan aku rasa aku patut bertukar menjadi manusia yang berperasaan balik, maka aku pon berfikir :

Premis 1 : Ingat mama, sedih

Premis 2 : mama dah takde, menangis

Conclusion : Ingat mama bole buat aku sedih dan menangis.

Okay this premis, conclusion thing memang sangat maths and I don’t like maths, memang tak nyambung lah premis conclusion tu.

Untuk mengembalikan kemanusiaan aku balik, aku rasa ada 1 benda je kalau orang sebut depan aku, bukan setakat sebut, kalau dia orang tunjuk depan aku pun memang serta merta aku akan sebak. Tapi sebab time tu aku punya EQ dah macam subzero (alaa subzero yang Mortal KOmbat tu), dan memang dah zero habis, aku pun teringat kat Sami Yusuf punya lagu “MOTHER”. Aku search YT, kasi feeling sikit tengok video dia, hayati lirik... and yeah finally aku rasa baju aku dah basah lencun. I am human again.

Hargai lah emosi yang Allah swt dah kasi kat kita, jangan jadi macam aku, tengok lah, sampai sekarang aku masih lagi tercari-cari mana pergi semua emosi aku. Yes aku bole happy, senyum, marah, bengang, sakit hati semua tu, tapi rasa tu sekejap je, sesaat aje, then aku jadi android balik. Susah jadi Fatehah Malik ni, dan tak tahu sejak bila Fatehah Malik ni berubah jadi macam ni. Susah nak tunjuk affection yang betul-betul jujur dari hati, dan aku tak tahu sama ada aku ni seorang anak yang baik atau tak, seorang kakak yang baik atau kejam dekat adik-adik atau seorang kawan yang ikhlas atau buat-buat ikhlas. Dan aku harap aku anak yang baik, adik yang dengar kata, kakak yang baik hati dan kawan yang ikhlas. Owh, dan aku juga berharap aku ni bukan Subzero.

So the conclusion... Jangan lah buat-buat takde perasaa, jangan lah cuba-cuba practise jadi heartless, once you go there, it’s hard to return back. Kalau macam rasa sedi, menangis je, kalau gembira senyum ucap syukur, kita kan manusia... DIA kan memahami.

paperKELIP : Masya-ALLAH, Alhamdulillah I gain my emotion back when I was in Malaysia last month. I kept thinking, what Abah told me, what will happen to me if I’m not trying to change to a better person as I am not a 18 years old girl anymore right. And I hope I can keep this emotion as long as possible, as long as until HE take me from this world.

IMAGE0005

signature2

Tuesday 10 April 2012

ONE OF MY EPIC FAIL...

epicfail

I am really really think that I am made of awesomeness  until my constant epic fail cancel it all... Okeyh aku memang kuat perasan.

Today, I suppose to have 2 classes, and aku dah berkira-kira nak bangun awal untuk pergi kelas hari ni, dan memang aku ni jenis yang bangun awal or morning person, so aku memang takde masalah lah kalau nak bangun awal pagi, see aku memang perasan (dengan syarat aku masuk tidur paling lewat jam 12 malam).

Tapi sebab aku rasa aku ni awesome, so malam tadi aku tak bantai tidur macam malam-malam biasa, aku buat malam tadi macam malam minggu, dan aku dah berkira-kira kalau aku tidur waktu-waktu dinihari ni memang subuh aku have to say bye-bye.

Lepas je aku menyubuhkan diri, aku pon terlelap dengan jayanya dan aku tersedar waktu tu tengah azan zuhur. Dan pada tika itu aku rasa macam nak masuk dalam lubang jamban dan flush diri sendiri sebab aku dah terlepas kelas. See aku ni memang perasan lepas tu ada je benda epic fail yang jadi.

Malam ni aku akan make sure aku minum 2 sachet chocolate delfi tu dan pengsan awal-awal so esok aku bangun awal, subuh awal-awal dan siap awal-awal untuk pergi kelas. Tak bole minum cappucino nanti tak jadi pengsan. Dan aku kena kurangkan perasan aku ni. And aku rasa aku ni macam cartoon je, semua benda aku amek mudah, u kno like anime/manga, main redah je, asal boleh je.

FATEHAH THIS IS REALITY...!

paperKELIP : owh btw, my post yang My demand proposal tu, ermm aku tak demand tu semua tu, okey this is my demand “I want my husband to be someone that I am comfortable with” ermm maybe someone like my angah, yes he is my bro and he is very understanding and I am really really comfortable with him.

signature2

Sunday 8 April 2012

SAAT

Di saat aku tengah struggle setengah mati untuk perabeh pengajian ijazah aku nih, di saat ramai manusia umur-umur baya aku menikah, di saat kawan-kawan dah beranak pinak dan di saat kawan-kawan sekeliling sibuk bercerita pasal nak kahwin lepas habis study...

KENAPA AKU TAK RASA APA-APA ???? Is this means that I am that ‘WEIRD’ ??? I am straight btw. Mungkin masih tak berperasaan macam android agaknya aku nih... ceh fatehah malik.