Wednesday 23 June 2010

HAPPY FATHERS DAY

Cam dah terlambat jer kan, tapi takpe aku nak tulih gak entry ni…

SELAMAT HARI BAPA untuk abah aku yang tercinta, abah yang satu, paling aku sayang dan aku rindui saat ini.

Terima kasih abah sebab :

1. Selalu kejut aku solat subuh.

2. Selalu check buku latihan aku masa sekolah rendah dulu.

3. Selalu tunggu kat pintu rumah sebelum aku keluar main, “Kakak dah solat asar?” dan muka aku yang tak pandai menipu ni memang lah kena “detect” awal-awal. Tak payah lah nak menipu.

4. Selalu hantar, jemput aku dari sekolah, tusyen, kelas renang, shopping (hehehe).

5. Dan terima kasih sebab rotan aku, kalau tak rotan memanglah aku jadi ntah hape-hape nanti. Dah tua baru sedar rupa-rupanyer abah rotan sebab dia sayang aku, dan sape suruh aku nakal sangat padanlah muke aku kena rotan.

paperkelip : abah rotan takdelah teruk banding dengan dengar abah membebel, aku lagi prefer rotan. (hahaha)

signature2

 

Monday 21 June 2010

MALAM YANG SUNYI SEPI

Tiba-tiba aku rasa cam nak join pekerja wiring kat Podomoro City tu buat wiring. Tergoda jugak lah aku bila dengar bunyi-bunyi wiring ni malam-malam buta.

Malam jer mesti ada yang jiwang, mula mencoret rasa hati dalam diari masing-masing, ada yang pejam mata untuk bermuhasabah diri, ada yang termenung memikirkan masa depan dan ada yang study sebab KHAMIS ni ada UJIAN PA.

Tak jadilah nak join pak wiring… Hehehe.

paperkelip : latte ni cam nak bunuh aku jer, 1 paket je kot.

signature2

SILENCE PLEASE

shutup

I will close my mouth and not saying anything unnecessary when I am in a crowd or among the friends that I am not close with.

Because Action Speak Louder Than Word

Okay sangat poyo. Jangan kasi aku cakap apa-apa kalau korang nak mintak pandangan atau komen, nanti korang akan rasa sakit hati dan dalam hati korang akan berbunyi seperti ini “Agak-agak kalo aku dapat terajang minah ni kuat-kuat bersepai tak kepala dia”. Percayalah. Housemates aku cakap kata-kata aku sangat kejam walaupun sebenarnya aku tak tahu pon ayat tu kejam.

Contoh : Seronok-seronok tengok gambar orang pergi dinner pakai baju lawa-lawa, sari, cheongsam, kebaya, dress labuh-labuh, punya lah cantik tahap dewa mati hidup balik, bergambar bagai, kat dalam dewan lah, tepi air terjun buatan, kat tangga hotel, dan ada seorang makhluk tuhan ni pakai baju cantik, orang pon lawa, kawan-kawan dan termasuk aku sekali terpesona dengan kecantikan dia. Dan boleh aku komen “ Cantik baju dia ni, sesuai ngan kaler kapet kat bawah tu”, dan mereka semua memandang aku dengan muka terkejut “Tehah tak baik lah”, “Tehah ko cakap apa tadi?” dan berbagai respon lagi.

Ok, aku sangat lah tak bermaksud nak berkata-kata kejam, mungkin sebab itu adalah benda pertama yang aku terlintas dalam kepala otak fikiran aku, memang dah kapet ngan baju dia kaler sama, tanpa tapis aku pon melontarkan kata-kata itu.

Banyak lah lagi benda yang tak sepatut aku cakap tapi aku tak tahu aku tercakap tanpa sedar. Otak kanan dan kiri aku dah mengalami perlanggaran kot, semua maklumat dah tertukar kiri-kanan, pusat bahasa aku pon dah bengong agak nya. Kata-kata sinis dan pedas je yang keluar. Hohoho.

paperkelip : watak Parker dalam Leverage pon cakap ikut suka hati dia jer.

signature2

Saturday 19 June 2010

ANAK SAYA

Anak saya… Harlequin aka Baby aka Quinnie aka Xiao Quin.

Papa dia sebijik macam harlequin, putih, manja, ensem sket kot… hehehe

anak mama

 vampire

Pandai anak mama posing bawah payung… Credit untuk auntie Raihan, tangkap gambar mamat ni spontan…

signature2

Thursday 17 June 2010

I am HUMAN

Pernah tak korang sign up untuk apa-apa website, terutama website yang untuk tengok movie online, dah kasi email, username nanti keluar kotak yang ada huruf atau nombor, kat situ  ada tulis “In order to make sure you are human and not robot, please verify this” lebih kurang macam tu lah ayat dia kan. Mula-mula aku gelak je, tapi bila fikir balik robot tu adalah mesin, dan komputer adalah robot dalam erti kata lain, adalah kot robot yang nak hack-hack website-website macam tu. kih3… Aku manusia lah weyh!

Sebab aku manusia dan bukan robot, normal lah kan aku ada perasaan. Perasaan letih, penat, nak marah orang, nak terajang orang, kalau laptop buat hal rasa macam nak baling jauh-jauh, kasi kick pon best kan.

Sebab aku manusia lah aku bengang dan sebab aku manusia lah aku sabar yang bertahap.

Sebab kau manusia lah aku harap kau faham yang aku bukan robot.

paperkelip : aku sangat penat sekarang nih dan bengang tak dapat tengok World Cup 2010.

signature2

Wednesday 16 June 2010

LELAH

I guess I have to jog everyday to regain my stamina back.

After two year left taekwondo make me tired easily like “sotong”… eeeeewwwwwwwwww!!!

paperkelip : rindu giler nak sepak org… hahaha.. Rindu nak sparring!!!!!!!!!!

signature2

BLOOD SUGAR

My blood sugar increase rapidly, and when I am hungry it will decrease and my body will shaking, my head will spinning… That means I have to eat. Hehehe…

Eat when you still can eat, decrease your carbohydrate or sugar intake if you have Diabetes melitus.

paperkelip : jangan ikut nasihat doktor giler ni, dy mmg obesity..

signature2

Sunday 13 June 2010

SOMETIMES…

Sometimes, I regret about what happen in the past, without thinking that the present, the future might be better.

Sometimes, I regret that she left me, before I could say goodbye, but I forget that NOW I have someone who can be like HER.

Sometimes, I fell and forget to stand up again because I’m afraid that if I fall again. I just afraid to hurt myself.

Sometimes, I regret that I am not like what am I before, without realize that actually I am PARANOID with my ownself.

Sometimes, I regret about myself, but I still keep doing the same thing after repented.

Sometimes, I am not me, Iam  always afraid to try…..

And sometimes, I just need to think like someone else to achieve what I couldn’t.

And sometimes, I need me, better than I need you or we need each other better than we never need each other.

paperkelip : Blok baru dah bermula… dan tiket balik Malaysia pon dah beli.

signature2

 

Saturday 5 June 2010

LETs DO IT

2 tahun lepas, kawan aku yang sangat aku sayang tanya aku satu soalan ni,

“tehah, apa yang ko akan buat lepas dapat jadi doctor sebagai seorang Islam?”

Agak terkesima aku di situ, apa yang aku bole buat, masing sedang berfikir.

Apa yang korang boleh buat, tak kisah lah apa career korang, sebagai seorang Islam.

Aku suka lagu ni, its MV, dan ini kali kedua aku post video ni ;

 

signature2