Sunday 25 April 2010

CYCLOPS BESTFRIEND

cyclops_1280-thumb

Can I declare myself as Cyclops Bestfriend?? Cuz these eyes getting worse and worse. Even I never skip to use all the medicine, Antibiotic used it twice a day, rayfilm eyes drop four time a day, substitute tears six time a day.

ALL USELESS!!!

Tomorrow going to see a Doctor again (malasnyer), hope this time my eyes will totally cure. Tak nak dah aku jadi kawan baik cyclops.

And I wanna share something here ;

I love them cuz they have different and weird style…

p/s : If I wear sunglass to class tomorrow ignore me.

signature2

Tuesday 20 April 2010

DUCTUS LACRIMALIS

I cry, but my tears won’t come out.

My eyes are red, as red as bull eyes.

My eyes are dry, as dry as Sahara Desert.

This is all because, my Lacrimal Duct infected by some kind of virus, dunno what virus but the doctor said so.

Owh by the way, ductus lacrimalis tuh adalah kelenjar air mata.. Patut lah mata ku merah dan kering semacam jer…

signature2

Sunday 18 April 2010

KEBERSIHAN

Kitty_Hygiene_by_FoxLover12

Orang yang hygiene freak cam aku ni memang pantang nampak benda-benda kotor or bersepah-sepah.

Sempena cuti lepas exam nih, aku pon dengan rela hati buat amal kebajikan bersihakan cage kucing-kucing kesayangan, mandikan mereka, letak ubat kutu, ubat telinga. Bukan rajin sebenarnyer, tapi kalo kotor nanti aku plak yang kena “HABUAN”.

Kebersihan kan separuh dari Iman, kalo kotor nanti tak sedap pulak, nanti tak sah solat ke, hape ke, nanti dorg men-men kat bawah, ad yang kotor-kotor, orang nak solat, lalu kat tempat dorang men, batal wuduk, nanti tak sah solat, melekat kat aku lah dosanya sebab aku caretaker cat cat.

Kesimpulannya, jaga kebersihan weyh!!!

p/s : Harlequin makin bijak, dia dah pandai lepaskan diri dari cage… Kalo bijak sangat meh wakilkan mama amek exam farmako!!! ha3

signature2

 

Friday 16 April 2010

PADAN MUKE AKU!!!

Aku memang tak suke kat Clinical Pathology a.k.a PK nih!! dan sebab semalam aku exam PK, dan semalam lagi mestilah aku kene study PK, sebab aku tak suke kat PK, makanyer, aku pon post lah something kt FB, yang macam nie;

fbfb2

(sambungan dia) 

 okey… Itu adalah benda yang aku tulih dalam pesbuk ku, and all the comments adalah dari senior aka tuan bom bom, sepupu ayah aku (dorg adek beadek),  di mana komen-komen mereka ni leh buat aku terkedu, rase cam tertembak dada kiri. hu3…

Aku nak cakap benda ni jer, kalo rasa dalam pesbuk ada kakak, mak, ayah, abang, sepupu, pakcik sedare, mak sepupu, mak sedare, pak sepupu, anak sepupu, atok, nenek dan etc, toksah lah nak merepek dalam pesbuk, twitter sudeyh… nak-nak kalo orang yang komen tu adalah lecturer, pengalaman 20 tahun, doctor yang dah lame keje, and dah jadi pakar pon sekarang nih…

dan ntuk diri aku sendiri, toksah lah nak bengang-bengang ngan PK lagi dah…. Buat malu jer nanti dah jadi doc tak boleh nak beza antara yang normal ngn tak, yang positip palsu ngn yang positip benaran… =.=”

signature2

LAGENDA BUDAK SETAN

Korang penah tak bace buku nih, I mean this novel

“LAGENDA BUDAK SETAN”

buku ni sangat awesome to me, dan aku baca buku ni mse darjah 6, pas UPSR… Jangan cakap aku tak matured ag tym tu and tak boleh bace buku-buku mcm nih ok.

meh kita review sket pasal novel nih:

Novel ni Ahadiat Akashah yang tulih, novel-novel dia memang best lah, tak macam novel-novel jiwang sekarang ni, rosak-rosak. Korang ley search kt google novel yang dia tulih seperti berikut, KL-LONDON, BALAK CUN, PILOT CAFE, KATRINA-KASYAH LAGENDA BERAKHIR, and more…. (ni list yang aku cam betol-betol suke).

Cite Lagenda Budak Setan ni camni, Kasyah masuk sekolah asrama penuh, mak dia tak suke kat dia sebab Kasyah nyer muke dan perangai sejibik cam bapak dia yang tinggalkan mak dia.

Kat sekolah tu dia sangat nakal, kawan pon ngan budak-budak nakal, contoh nyer dia kawan ngn gang ni, gang ni cam anti lelaki, pada suatu hari gang nih buat plan baik + devil punyer, dorg gi letak cicak mati dalam botol coke sorg playboy kt sekolah tu, and playboy tu mnum ngn sedapnyer coke tu (aku pon xtaw lah cmner dy ley telan cicak mati tu ngn enaknyer). Cam siot jer kan. Pastu Kasyah ni can suke create masalah, tapi tulah, dia cam pandai walaupon perangai cam setan..

Then muncullah Ayu, seorang junior kat sekolah tu, Ayu ni can berani gile kot lawan Kasyah tu (sbb kasyah cam sume org takut). Then lame-lame dorg pon cam suka, sayang dan cinta.

Tapi…. nak dijadikan citer, ade sorang player ni, anak orang kaya suke kat Ayu, dorang pnh couple kot (ttbe long term memory aku luput dr ingatan) nak Ayu balik. Mase tu Ayu n Kasyah dah abes high skool, dorg belaja kat London same-same. mak Ayu cam suke kat rich guy tu, so dia paksa Ayu balik, pura-pura sakit, tapi sebenarnyer dorg dah plan nk kawen kan Ayu ngn rich guy tu (jahat !!)…. And the best thing ever, Kasyah tak taw pon pasal hal ni sebab Ayu tak dibenarkan mtuk jumpa Kasyah dah.

Tunggu lah Kasyah kat London, try contact Ayu tapi tak dapat sampai lah beberapa tahun, abes belaja sume, keje…

And Ayu pulak, merana ngan rich guy tu sebab dia selalu kena marah, pukul (cam kena dera fisikal n mental lah), sebab laki tu jeles (cess, tak gune tol laki camnie!!). And nak dipendekkan citer, Ayu ngn Rich Guy ni gaduh-gaduh, pehtu Ayu lari nek keta, then eksiden, abes lah muke dia yang cun tu, abes fraktur, abes tersobek, and doc cdg dia buat plastic surgery. Okeh, dia pon terima cadangan doc tu, bua lah plastic surgery, tapi dengan syarat dia nak totally ubah wajah dia jadi laen, tak nak dah muke Ayu yang lame. Ayu cerai kot ngn laki dy.

Berbalik kepada Kasyah, dia keje jadi ape tah, tapi dy kne buat bisness ngn syarikat Ayu, Kasyah of kos lah tak kenal dah Ayu ghupe pon dah lain kan. Tapi somehow, Kasyah cam ada perasaan yang minah tu Ayu, hu3.

………….

penat lah naip sinopsis ni… Panjang giler, 5buku beb (kot), takat aku citer ni baru bape helai. hu3…

papepon, this story sangat sweet, sedih, nanges berkotak-kotak tisu, memang feel giler aku bace buku ni, sampai  juta-juta kali pon aku mampu ulang….

and this June, movie cite ni akan kuar kat wayang!!!! weyh, I’m very anticipated!! Excited tahap gaban…

Kalo nak taw cmner kesah dorang sampai abes, pe kate korg beli jer buku Lagenda Budak Setan ni, sambungan dia novel Katrina, pas Katrina ada  Kasyah-Lagenda Berakhir.

dan di sini aku sertakan trailer movie LAGENDA BUDAK SETAN

wahh… tibe-tibe jer aku berdebar, Can’t wait lah!!! Waddahall aku tulih entry ni malam-malam buta??

p/s : asal aku ley ingat every scene kt dlm novel ni eh??? asal bedah, farmako, pk n etc aku tak mampu nak hengat ngn baik, telus dan ikhlas??? ha3.

signature2

Thursday 15 April 2010

TAK PAHAM

Cehh… maghrib-maghrib ni gak aku post…

Well, aku sendiri pon tak paham asal aku suke bace blog pelik-pelik, kalo bace sekali dua konpem tak paham, kena bace berkali-kali (ngalahkan hapai anat) baru paham…

Aneh kan… tak caye, try bace kat “TOP SITE” list tu. Bace anotasi, keris and sarong, meteor rasa.

Sebab aku rasa bahasa tu indah, lagi susah nak paham lagi indah, ley wat kite berpikir cam baca puisi A. Samad Said, Keris Mas, Sharon Ahmad… Kan indah, puitis, dan agak pening kepala nak paham…

p/s : I wanna be those star, so that I can be one of the diamond :p

signature2

Wednesday 14 April 2010

LAST DAY OF EXAM WITH 3PAPERS?

Exam_by_Brubruja

Tomorrow, on 15th April 2010 will be the last day of Musculoskeletal System 2’s block. And that means tomorrow is the final day of my exam (disaster week, selalu cakap camni bile minggu exam).

The best part is, tomorrow, my batch will be seated for 3 papers in a row (cam Jessica cakap dalam kelas). After PK is Bedah, tgen integrasi… So to all my frenz, we have to do the best for tomorrow.

I have something to share, to cheer us on the day before tomorrow. (not to cheer actually, tapi nak naikkan semangat nih).

Got this article from Langit Ilahi by Hilal Asyraf,

Sampai satu tahap dalam kehidupan, selepas kita mengharunginya dengan penuh kesungguhan dan kegigihan, kita akan melanggar dinding kepenatan.

Kita rasa seakan keletihan. Tiba-tiba rasa lemah. Tiba-tiba hilang kekuatan. Kita lihat prestasi kita menurun. Kita nampak kualiti kita merendah. Tertanya-tanya kita akan sebabnya. Lantas kita usaha melipat gandakan usaha, menambah amal, tetapi apa yang terjadi adalah penurunan.

Turun dan semakin turun.

Kenapa?

Kerana kita lupa mengasah ‘kapak’ kita.

Kisah Si Pemotong Pokok

Terdapat seorang pemotong pokok, bersama kapaknya yang sangat tajam. Dia hendak bekerja mencari makan. Maka dia pergi bertemu dengan seorang tuan kepada tanah yang dipenuhi banyak pokok. Tuan tanah itu memerlukan orang untuk menebang pokok.

Maka bermulalah kerjanya. Hari pertama dia berjaya menumbangkan 30 batang pokok. Dia memulakan hari keduana dengan gembira. Juga 30 batang pokok berjaya ditumbangkan.

Tuan Tanah gembira. Pemotong pokok juga senang hati. Esoknya dia berjanji hendak datang lagi. Namun perkara mengejutkan berlaku pada hari ketiga. Dia hanya mampu memotong 20 batang pokok sahaja.

Si Pemotong kehairanan. Dia tidak merasa staminanya menurun. Maka dia berkata kepada Tuan Tanah: “Esok, saya akan potong lebih banyak lagi.” Dia berazam melipatgandakan usaha.

Namun, hari keempat, dia hanya mampu memotong 10. Lebih sedikit dari hari yang ketiga, walaupun dia berusaha telah lebih kua. Dia merasa tidak senang dengan prestasinya. Maka sekali lagi dia berjanji dengan Tuan Tanah: “Esok, saya pasti akan memperbaiki prestasi saya”

Pada hari kelima, dia bermati-matian berusaha. Namun mengejutkan, setiap pokok yang hendak dipotongnya memakan masa yang amat lama. Di akhir hari, dia hanya mampu menebang 5 batang pokok sahaja.

Dia menangis di akhir hari itu. Menghentam-hentam dirinya dengan pertanyaan: KENAPA?

Tuan Tanah yang melihat Si Pemotong itu, datang mendekatinya dan bertanya:

“Apakah kamu mengasah kapak kamu?”

Ketika itu Si Pemotong tersentak.

Ya, dia tidak mengasah kapaknya!

Kapak dalam kehidupan kita

Di dalam kehidupan kita, kapak dalam cerita tadi boleh didefinasikan sebagai ‘daya keimanan’.

Sampai satu tahap, selepas mengharungi pelbagai jenis halangan, cabaran dan dugaan, akan muncul satu dugaan di dalam kehidupan kita. Itulah dia dugaan ‘rasa penat, rasa lemah, rasa tak bermaya’ untuk melaksanakan kerja.

Kita perasaan akan masalah ini bila ianya berlaku. Tetapi biasanya, langkah penyelesaian yang diambil oleh kita adalah silap. Kita biasanya akan bertindak untuk melipat gandakan usaha, menambah lagi berat atas kehidupan kita dan sebagainya.

Kita terlupa untuk melihat punca sebenarnya.

Daya keimanan. Apakah sumber daya itu kita lihat kembali?

Kenapa tidak mampu lagi membaca Al-Quran dengan banyak? Kenapa tidak mampu lagi solat dengan khusyu’? kenapa tidak mampu lagi menundukkan pandangan? Kenapa tidak mampu lagi istiqomah atas kebaikan? Kenapa rasa tidak mampu memikul kebaikan sepanjang amalan kehidupan?

Kerana daya keimanan kita menumpul. Yang menolak manusia, hamba kepada Allah SWT untuk kekal taat kepada-Nya yang Ghaib itu, untuk mengejar pahala pemberian-Nya yang tidak kelihatan itu, hanyala dengan keimanan.

Bila keimanan menumpul, maka kekuatan untuk beramal juga menurun.

Menghidupkan Daya Keimanan

Bila kita perasan akan hal ini, penurunan kualiti dan prestasi kita sebagai hamba Allah SWT, maka langkah untuk menghidupkan semula keimanan itu perlu diambil.

Antara yang utama adalah kembali memerhatikan hubungan dengan Allah SWT. Muhasabah dan membuat pengisian. Sebab itu, kata-kata yang masyhur daripada sahabat Rasulullah SAW, antaranya adalah: “Mari duduk sebentar dan beriman”

Bukanlah beriman itu sebentar sahaja. Tetapi dalam waktu yang sebentar itu, keimanan itu di’recharge’ kembali untuk dibawa mengalir pada segenap kehidupan, segenap kerja dan amalan.

Sebab itu, kadangkala jiwa ini perlu kembali di’recharge’ dengan pengisian-pengisian. Perlu wujud tempat perhentian untuk kita mengambil ‘bekalan’.

Antara cara lain adalah duduk bersama rakan-rakan yang soleh. Lakukan program bersama seperti Solat Subuh berjemaah bersama mereka, sarapan pagi bersama, qiamullail bersama, dalam kadar yang sederhana seperti seminggu atau dua minggu sekali. Berziarah bertemu mereka juga satu bentu ‘tambahan’ kekuatan.

Penutup: Maka perhatikan kapak kalian

Dalam hidup kita, kita perlu menebas jahiliyyah. Bila hendak beramal, kita perlu menebas kemalasan, hasutan, godaan dan sebagainya. Hendak taat kepada Allah, kita perlu menebas syaitan dan cinta kepada hawa nafsu.

Kita memerlukan kapak kita.

Justeru, jangan kita lupa mengasahnya.

Kekuatan tidak akan terbina dengan tiba-tiba. Pasti ada sumbernya. Maka bila kekuatan kita punya masalah, maka lihatlah akan sumbernya.

Jangan biarkan rawatannya lewat. Nanti diri sendiri akan merana.

“Jom asah!!”

signature2

Saturday 10 April 2010

SABAR

Assalamualaikum

“Sabar itu separuh daripada iman”, tempatkan lah aku dalam kalangan orang yang penyabar.

Ayat nilah yang aku akan ucap dalam hati aku tiap-tiap kali aku rasa cam nak bagi flying kick kat sape-sape..

Penah tengok or bace manga ONE PIECE tak?? Kalo aku ni cam Nami tuh, dah lame mereka kena belasah cam Nami belasah si Luffy, Sanji, Ussop kalo dorang buat hal. hu3…

one_piece_wanted_by_cosmojames 

(feveret manga aku)

Best dapat belasah orang nih, cam addicted pon ada :p hahaha just kidding lah. Tadak makne aku nak belasah “KO” !! Dalam mimpi jer aku mampu (iskk!! halim, sem, acapz, tolong belasah dia ntuk aku).

signature2

Friday 9 April 2010

KESIHATAN

Assalamualaikum

Lately ramai tol orang sakit, kuar masuk hospital, my houssie sendiri pon sakit… Diare, demam tak kambuh-kambuh macam perkara biasa jer.

Dan aku pulak tadi tibe-tibe plak bawah palpebra kanan aku sakit, cam ad nak timbul jerawat gtu, Miss Ainaa pon ade kne gak dulu, and doc suggest ntuk buat palpebra incission. Cam takut jer plak kan, but I hope nothing bad happen to my eyes, EXAM kot minggu depan.

Lepas exam lah jumpa doc kalo bnd ni tak ilang-ilang ag. hehehe.

signature2

Thursday 8 April 2010

THE LESSON IS….

lesson

You know the answer, yess You know exactly what is the correct answer, but sadly, You get confused between your lecturer’s stories and the notes in a book recommended by your lecturer.

Of course me, as a student will choose the answer from the book. But the answer is WRONG.

The lesson is, if you are not so sure, please follow the story, cuz it will give you all the correct answers even You’re not reading the notes.

aiseyh… macam mana maw jadi dokter kalo diagnose orang, kasi obat kat orang pon salah??? Manyak suwey.

p/s : my vertebrae is not well. Blaja pasal muskuloskeletal, vertebrae sakit, apekah belaja pasal jantung nanti, jantung ku sakit???

signature2

Wednesday 7 April 2010

AKU RASA BEST!!

Aku rasa benda ni cam best jer… Walaupun lagu ni dah lame (tak taw bile kuar), tapi aku layan jer.

Nightmare of You : “I want to be buried in your backyard”

Nightmare of You : “My name is Trouble”

Aku bukanlah jenis yang suke lagu-lagu emo, takat Avril, Simple Plan, Good Charlotte aku layan lah gak. Tapi ni cam best jer… ;p

signature2

Tuesday 6 April 2010

I’ve BEEN PUSH BY MY HOUSSIE!!

Push_by_Disyonky

whoaahhh!! my houssies pushed me to post this entry. Tapi entry ni cam gewdix jer. Ha3…

Okay lah, frankly aku nak post benda-benda nih, tapi cam bengong and nampak cam tak berfaedah langsung jer. So, I asked Miss Ainaa and Miss Atik, okay tak if I post benda tak berfaedah ni?? Mereka pon, “post je lah, post je”, “okay je kalo ko post” dan macam lagi ayat mereka untuk yakinkan aku… Dan aku dengan PeDe nyer (percaya diri), plus semangat juang yang tinggi dan tanpa timbang rasa, tak nak pandang belakang dah, aku akan buat post nih. Mintak maap lah yer kalo post ni cam ade orang tak suke, nak nyanyi lagu sorry,sorry kena menari sekali, so I just can say SORRY.

….

Actually this minah gedix nak post kan benda nih…. bak   kata-kata dia kat atas benda ni takda faedah pon, he3 tapi saje suke-suke (saje buang mase).

kih3

muke ngantuk 

yeke

ha3

haaaaaa, kan aku dah cakap tak berfaedah pon, just a pic of Mr “SAPE TAH”, mase aku ym ngn dia aritu, he3.

Yelah, orang len g dating kat mall, aku chatting kat YM jer. Hua3… Miss Ainaa, amacam??? terlaksana sudah post nieyh. ;p

signature2

Monday 5 April 2010

BEAUTIFUL BLOGGER AWARD

award 

1. Thank & link the person that gave you the award :
2. Pass this award onto 15 blog you’ve recently discovered and think are fantastic
3. Contact each Blogs and let them know they’ve won the award
4. State 7 things about yourself

fuhh.. what is this??? This is an award given by  Cik Ainaa, thanks to her. Tibe-tibe rasa cam terharu jer dapat-dapat award nih. Walaupun award ni bukan lah aku dapat kat atas pentas, ramai orang tengok pehtu dekan yang kasi, tapi terasa honoured plak tibe-tibe.

Yelah, dah memang terpampang dengan sangat nyatanyer kat atas tu;

Perkara 2 “Pass this award onto 15 blog you’ve recently discovered and think are fantastic”

dah memang sah-sah lah blog aku nih tak fantastik elastik cam blog-blog orang lain. Dah lah suke merapu meraban yang bukan-bukan. Hu3, tak berinformasi langsung lah. 

okay lah, lets pick up some people dats I feel fantastic to give this award to them. 15 bloggers, which is WOW!! DAEBAK!! and BRILLIANT!!

With such an honour, I will pass this award to :

1. Miss Fazie Adam

2. Miss Tia Najib

3. Miss Nana

4. Miss Adeq Abang

5. Miss Ziela

halamak… ade 5 blog je lah, aci tak kasi kat orang yang dah dapat??? nant round the circle balik pulak…. hu3. Ehmm, aku pon bukan jenis yang blogwalker. he3 so kre acil lah eh.

owh, almost forgot, hev to jot down 7 things about myself. ha3, apo den nk ltk ni eh? lets mencarut ngarut.

1. Aku memang sangat suke dengan kucing, kalo boleh nak tidur, makan, mandi, study, gi kelas sume ngan kucing. ha3 ;p

2. Sume orang pon taw yang aku sangat-sangat lah “Pinkyholic” kalo boleh tukar anak mata ni jadi kaler pink aku dah tukar bia dunia ni nampak kaler fevret aku tu jer ;p

3. I am “CHOCOHOLIC” no !!! my houssie said that I am “CHOCOMANIA LOVER”. Just imagine, I can finish one big cadbury bar in 3o minutes, gilos tak??

4. I am HOTTEST and BUMTIST, aka 2PM lover and Jay Park fan. Ask me about 7 of them, I will answer U correctly, precisely. Poyo btol ;p

5. Saya baru je In Relationship ngan sorang mamat nih aka kawan baik sendiri mase sekolah menengah. ;p

6. Aku sangat suke buat-buat keje electricity, memasang perabot, membaiki paip bocor etc, sebab mama aku cakap jangan harap kat lelaki jer, kalo dalam accent kelate “pah ceroh lah kalu nok suroh ore laki wat kijo” so kne lah taw buat.

7. chocomint kat J.co sangat sedap, and aku penah minum benda tu hari2 dulu sampai rasa nak termuntah-muntah.

dats all kot, nothing yang best about myself. Sebab korang lagi best.

signature2

Sunday 4 April 2010

OFFICIALLY

hehehe… officially ape cik kak??? paham-paham sendiri je lah cik adik….

signature2

Friday 2 April 2010

NAUGHTY BOY

harlequin

Mamat kat atas ni makin nakal. tadi dia dah start belajar panjat tempat air pancut yang melekat kat dinding atas nih.

Dah lah tinggi, tapi tadak lah aku nak kesah sangat kalo dia nak panjat tinggi-tinggi, dah memang sifat alami kucing suke panjat-panjat tinggi-tinggi.

But, what I care is, what if he jump out  into our neighbour house??? Scary, high jumping, leg fracture. Ha3 suke pikir bukan-bukan jer aku nih.

And I do hope Tom Tom will not try to imitate his action. Don’t frighten your mama kay babies. I do hope Bom Bom will not try this too. Bom Bom suke tiru-tiru perkara bukan-bukan.

I have to take action nih. Have to find the etiology of his action. Ha3.

p/s: Bom Bom annoyed with Harlequin’s long tail. “cess, ekor ko panjang la bai, sapu-sapu muke uncle, jilat baru taw”, kata Bom Bom.

signature2

Thursday 1 April 2010

PRANK AKU… cesss!!

April-Fool-s-Day-24

assalamualaikum

As we know, today is 1st day of April, and on this day, people like to prank his friends, pa and ma, wife, husband, teacher….etc…

owh, of course lah I am not celebrating this fool day, hello I am Islam, and buat apa study sampai menara gading kalo last-last aku gi prank orang sebab april fool ni (hemo plak) :p

But someone did prank me… which is really ‘MANGKOK AYUN’ by made up a story about his short life. “Tehah, my life is short, in 3 days I will die”. Hello, buat la citer logic sket, tak kan lah sportsman like you yang baru lepas Rugby Tournament beberapa hari lalu, doc boleh bagi diagnose and give you a bad prognose. Taw la awak penah patah os thoraccis dextra sebab accident, tapi jangan ler buat-buat cerita macam ni sebab saya tak akan PERCAYA…

Memang ler aku tak caye, tapi aku sangat lah RISAU. Thanks to mr."Sape tah" yang telah PRANK aku ngan citer BODOH tu.

p/s: asal lah die tu sengal??

signature2