Dia kata lagu ni dia suka sebab dulu lagu ni macam apa yang dia rasa. Dia kata dulu dia dengar lagu ni and teringat kat aku. Haha. Dia kata dia takut kat aku dulu and dia merelakan aku ada bf, nanti kalau dia confess takut kena marah. Saya mana taw awak simpan hati kat saya.
Yelah kan.. Walaupun saya suka kat awak dulu, manalah saya boleh cakap, “Weyh aku suka ko” dah lah saya ni perempuan. Awak plak takde keje lain selain dari mengacau saya hari-hari kat sekolah dulu. Sampailah kan suatu hari awak cakap “We are enemy forever”. Terus kita tak bertegur, senyum pun tak.
Awak pun pindah sekolah. Saya rindu awak tapi saya buat-buat tak taw. Mana boleh cakap kat orang laen saya suka awak, nanti tak macho lah kan. Haha. Saya suka dengar lagu eminem, tapi lagu-lagu dia buat saya ingat kat awak.
Walaupun masa tu saya ada bf, tapi saya still teringat kat awak. Tak patut sebenarnya saya terima dia sebagai bf saya. Betul cakap orang tua, tak abes sekolah lagi jangan menggatal.
Then saya single, saya bahagia sangat saya single. Saya ada facebook, saya try search awak tapi tak jumpa-jumpa. Teringin nak berkawan balik dengan musuh sejati masa sekolah dulu. Suatu hari kakak angkat awak yang rapat dengan saya dulu tanya saya kat fb, “Tehah ingat lagi kat Lukman?”, “Mestilah saya ingat kat dia kak” huhu. Pastu kakak bagi facebook awak kat saya, saya add awak approve saya. Jumpa lah balik musuh lama dulu.
Kita pon add ym masing, tukar no phone. Tanya-tanya khabar. Kita kawan balik. Haha. Bila teringat balik zaman sekolah dulu, bodoh jer rasa. Then suatu hari awak confess kat saya yang sebenarnya awak ada hati kat saya. Ehmm, mula-mula saya tak nak terima sebab saya takut, saya rasa saya lagi suka single. Saya cakap kat awak nanti saya fikir balik. Saya pon bercerita pasal awak kat kawan-kawan saya aka my housemates. Diaorang pun memberikan nasehat-nasehat. Hehe. Diaorang cakap “Why don’t give it a try, mana taw ok”. Saya yang penakut nih pon setuju ntuk terima awak. Jadi officially nyer kita pon BF and GF.
Kita dah 5 tahun tak jumpa, lepas jumpa awak saya rasa lain jer. Saya lupa dulu awak dah tinggi tapi saya tak tahu awak bertambah tinggi atau tak, tapi saya ingat lagi cara awak gelak, cara awak cakap. Awak cakap saya dari dulu sampai sekarang sama jer, takde yang berubah. Agak nyer, kalau arwah mama hidup lagi, mesti dia happy jumpa awak. Si nakal yang dia jaga dulu dah besar sekarang, dah jadi baik sikit tak nakal sangat dah. Haha.
Saya harap jodoh kita panjang sampai ke akhir hayat. Banyak benda yang terjadi sebelum kita dapat jumpa balik kan. Harap pengalaman yang kita jumpa tu mengajar kita jadi lebih matang.
Saya harap saya boleh buat-buat tak taw bila saya rindu awak. Jakarta ni jauh dengan kelantan, kita kan kena study. Hehe.
paperKELIP : 9 oct 2010, one of my best friend will be a bride. Congratz babe.
No comments:
Post a Comment