Wednesday, 20 April 2011

BAJU KURUNG LAGI

Hari ini aku ada her untuk Blok 23 yang lalu, tepat jam 11 pagi dalam jadual UKRIDA. Tapi pagi-pagi lagi ada kelas. Sebagai seorang pelajar yang dah berazam tak akan sekali sekali, never ever ever untuk bolos kelas, maka aku pon pegilah kelas Ortodental (GILUT) pagi tadi. Dengan yakin dan penuh percaya diri aku amek jeans dan t-shirt, sarung kat badan, bersiap lebih kurang, kasi budak-budak spoil makan, off me go, went class by angkot. Arini tak jalan kaki sebab mengantuk muka pon seposen je.

Sampai kelas, duduk kat port biasa, kelas pon mula. Habis kelas, Lina pon cakap kat aku, “Tehah, kakak senior cakap kena pakai baju kurung lah untuk seat Her hari ini, and ko pegi pakai jeans”. Aku dah, WHAT????!!!!!??? Hampir-hampir nak menjerit lompat-lompat macam orang gila. KENA PAKAI BAJU KURUNG???? Kena balik lah ni? Dan of course lah kena.

WHY I HAVE TO BALIK RUMAH JUST TO CHANGE MY JEANS and T-SHIRT WITH BAJU KURUNG???? APA KAITAN EXAM DENGAN KENA PAKAI BAJU KURUNG ATAU SKIRT??? Owh owh… Memang aku membentak-bentak lah dalam hati.

Kenapa aku jadi macam ni?? SEbab aku anti baju kurung. Ada apa dengan baju kurung sampai baju kurung ni bole jadi musuh aku? Kerana, aku rasa orang yang ganas, lagi tak beradab sopan macam aku ni tak sesuai pakai baju kurung. Dan aku rasa awkward srtiap kali aku pakai baju kurung. Aku rasa orang tengok aku dengan pandangan yang aneh je, macam nampak alien workshop je. Hehe.

By the way : Aku sangat tak jelita, anggun sopan dah begaya bila berbaju kurung. Dan aku rasa lepas kejadian tadi, angka pertahun aku untuk pakai baju kurung makin rendah.

signature2

No comments: