Good night guys...
Sambil-sambil mendengar lagu berdegang-degang dalam telinga ni, buat-buat PBL, minum cappucino nescafe, memang lah sangat nikmat. Walaupun berpeluh-peluh depan kipas sebab kepanasan Jakarta ni, aku akan mengklarifikasi semuanya. By the way, aku harap kau baca nih.
Aku dah pon ber’moving on’, dah lupa pon, dah bahagia pon dah okay, dah bersemangat, dah tak nak cakap apa-apa pon. Bila orang tanya kenapa, jawapan aku sebab study. Owh fake nye lah hai. Tapi, baru-baru ni, entah apa jadi aku pun tak jelas, kita gaduh dan kau buat aku nanges balik. Seriyes shot lah kan. Sebab aku macam menyampah gila tahap dewa mati hidup balik dengan perangai kau tu, aku tujukan entry ni khas untuk kau, harap bila kau dah baca, kau jelas dan faham kenapa aku blah dari hidup kau.
What a nice name, but not coming with a nice manner.
1. Aku blah, tak nak couple dan break dengan kau sebab kau perangai entah apa-apa. Kau PLAYBOY, BUAYA DARAT, CASANOVA dan sewaktu dengannya. Kita couple, tapi kau ada dua orang lagi perempuan kat belakang aku.
2. Aku tak boleh terima lah perangai kau. Entah apa-apa. Banyak dah aku menggunakan kaedah-kaedah untuk menasihatkan kau. Tapi di takuk lama juga lah anda berada. Bila dah break up pandai ye kau cakap, “Awak lah yang buat saya kuat selama ni”. Seriyesly?? Statement tak boleh blah.
3. Owh, ada kau care pasal aku? Hell no. Tak payah nak ungkit yang aku ni tak nampak banyak dah pengorbanan kau kat aku, bagi aku semua tu tak boleh nak cover. Lagi pun, satu jer kot pengorbanan kau, datang sini bulan 12 tahun lepas guna duit sendiri. Tu jer, yang lain? Tak ada, aku tak nampak, tak rasa pun. Eh eh, by the way, tak payah nak guna reverse psychology yang aku ni tak pernah ambil tahu pasal anda. Anda sendiri pun tahu yang anda selalu mengelakkan diri dari aku bila aku care kat kau.
Ermmm...
Aku sebenarnya tak nak lah tulis atau gebang-gebang kat sini pasal kita, nak buat macam mana, kau start dulu. Well mister, I didn’t expecting you to inbox me on FB, asked to remove that guy from my friend list. Well hellooo why? Because he is Cik Emo H’s cousin?? Harus lah kau risau sebab dia sepupu current GF kau kan. Pastu kau tanya apa yang aku tak puas hati kat kau, aku tak kesah pun, tapi aku bengang lah kan bila kau ungkit balik cakap aku ni tak pernah kisah atau tak pernah nak amek tahu pasal kau. How come? Punya lah aku selalu message-message kau tanya khabar berita, call kau tanya perkembangan semasa. Aku nak tanya kau balik, ada kau jawab semua soalan aku dengan betuk, jujur dan ikhlas? Bila aku tanya kau suruh aku hang off ada lah. Eh, penah kau call, message aku balik? Tak pernah kan sebab kau takde kredit nak call. What a lame answer. Call Miss Emo H everyday after her take off from work takpe pulak, message cik Lily Ika tak habis kredit pulak, ye lah ada plan celcom tu. Aku kan jauh. Tapi bila online kat FB, boleh plak kau main game tu kan. Tapi, alasan kau sama je lah, “Tehah pon tau kan kita boleh berhubung dengan internet je”, tapi bila dah online, owh sangat entah apa-apa.
Dah, tak payah lah kau nak gebang-gebang kat orang lain yang kau tunggu aku wish birthday kau on 13 April 2011. Jangan harap lah aku wish kat kau, owh aku ada wish, aku hantar message tapi tak delivered, baguslah tak delivered, I am GLAD! Pastu kau boleh plak cakap, “Saya tunggu awak wish, saya dah janji dengan diri sendiri akan berubah bila awak wish saya punya birthday, tapi awak tak wish-wish pon, saya tunggu”, dah tak payah lah. Manusia kalau dia nak berubah, tak perlu tunggu orang wish dia birthday pon, dalam kondisi macam mana pun dia akan aim and determine untuk berubah. Tak perlu ambil masa panjang dan lama untuk berfikir, walaupun bertatih satu-satu, dia akan cuba sikit-sikit ke arah kebaikan. Eh ada ke kau wish birthday aku?? sah kan nak call, message pon takde. Tapi aku buat bodoh je lah, orang tak ingat buat apa aku nak hegeh.
Lagi satu, tak perlu lah kau pergi cakap kat kawan-kawan kita yang aku tinggalkan kau dengan muka penuh sedih. Tak perlu nak mintak simpati orang lain. Last-last mestilah aku kena cop as a slut kan. Kau innocent aku yang salah. Mirror and reflect yourself before you act. Yes aku tinggalkan kau sebab kau playboy dan memang tak akan pernah berubah.
Kau tahu tak, pandai lah cik Emo H tu, dia dah tahu kita couple, dan kau usya-usya dia, sejak bulan 8 tahun lepas, (owh ye ke? cakap tak pernah kejar perempuan dah lepas kita couple, penipu), pastu cik Emo H tu pergi add aku kat FB, pstu dia cakap macam-macam pasal kau. At the first place memang lah aku tak percaya (sebab kau dah buat aku janji yang aku kena trust kau), tapi biasalah perempuan punya intuition lagi high class, aku pun pergi check up, yeah kau memang ada ramai perempuan simpanan (patut lah kau selalu tanya boleh tak nak kahwin lebih dari satu?). Wahai lah Encik Lukman Nulhakim bin Rusali soalan kau sangat lah ==’ dan jawapan dia sangat lah absurd.
Kau tahu tak, kau dah buat aku langgar prinsip aku tak akan couple lagi dengan siapa-siapa after 2nd relationship? Dan aku pergi langgar, bodoh nyer lah hai Fatehah Malik ni. Betul cakap Tuty, maybelah aku ni first love kau (owh ye ke? Playboy pon taw pasal love?), sebelum couple ayat macam-macam, sweet talker, tapi bila dah dapat abaikan macam tu je, tapi bila dah takde mula lah tercari-cari balik. Well as for you, kau merayu lah, tunggu lah aku macam mana pon, jangan harap aku akan pandang belakang dan senyum dan lari balik kat kau. Aku pandang belakang pun sebab aku tak nak bila aku maju ke depan, perkara yang kat belakang tu jadi balik kat depan. As a precaution, I will look back and take it as a teacher for my future sake.
Aku rasa sangat bodoh, bangang dan tak guna, sebab boleh jatuh cinta dekat kau. Sekarang aku macam dah takde perasaan nak bercintan-cintun, dan geli-geli dengan cinta. Better lah aku berwaham dan have self-delusion dengan artis-artis korea macam Wooyoung, Kyuhyun, Top, atau dengan Mr Alex turner dengan menganggap mereka-mereka ni pakwe aku. Tak pun paling koman aku rasa lagi best aku usha Dr Suria dan Dr Regie kat kampus tu. Tak pun mengusha Encik Goal-Keeper group yang kalah masa final dulu tu, dia smart dan handsome. Lagipun flirting is the art of seducing, and doesn’t mean I flirt I want them as a BF. Owh aku tak usha student Malay, aku usha anak Indonesia je. Hahaha.
Kau Lukman, tak payah lah nak berjanji berubah, dan bila kita jumpa balik kau dah berubah kau nak aku kawin dengan kau. Nak berubah konon, tak payah susah-susah, kau pun cakap sendiri kan, buat apa nak nerubah, last-last merana juga. Well aku tahu, kau tak pernah percaya dengan Qada dan Qadhar seseorang, dan last-last kau akan salahkan takdir sebab jadikan dan buat hidup kau miserable. Aku ni dah tak larat nak nasehat dah, harap kau jumpa lah dengan mana-mana minah yang mampu layan kau dan mampu kasi nasehat kat kau, better lagi kalau dia boleh sepak terajang kau kalau kau liat sangat.
Kita kawan dari form 2. Tapi jangan sesekali kau cakap kau kenal aku macam lah aku ni soulmate kau. Tak perlu. Perangai ntah pape tak payah nak jadi soulmate aku lah. Betul cakap kau, Kau memang SANGAT TAK LAYAK dengan AKU, KAU dah TAK BOLEH NAK SESUAI kan DIRI kau dengan aku. Dah tahu awal-awal ada hati nak aku khawin dengan kau tapi at the same time perangai macam tu gak. Owh lupa, kau ajak kahwin dengan semua perempuan yang kau couple, tak kira lah masa tu kau ada 10 orang sekaligus, sepuluh-sepuluh kau ajak kahwin.
Abang aku yang over-protective tu tak tahu yang kau macam ni, kalau dia tahu, aku nasehatkan kau, jaga lah diri elok-elok, dia angah, abang aku yang akan cari lelaki yang dah buat adik dia miserable macam ni.
Harap aku dapat mengklarifikasi semua permasalahan ni, semua pihak pun senang hati kan. Orang yang tanya aku kenapa aku break up dengan kau puas hati dah tahu reason sebenar dan boleh lah mereka bergosip-gosipan (biasalah perempuan, aku pun suka gosip), kau pun dah tahu, tak payah lah nak mengheboh-heboh dan merayu-rayu aku lagi. Dah tahu reason, dah clear semua. Aku bukan tak nak cakap depan-depan dengan kau, tapi kau tu yang akan cuba memutar belit fakta sampai aku nak cakap point sebenar pon tak tercapai. Harap maklum.
paperKELIP : Wasting my time and tear over a player. What the...
1 comment:
dear..move on keyh! let the hell past..wohooo!!!!!
Post a Comment