Thursday 28 April 2011

SISTERS…

DSC04401

Aku ingat lagi, pertama kali kita berkenalan, Bangunan MARA, BTN Meru, KLIA. Sampai Jakarta, kita tujuh orang jadi housemates. Mula-mula agak awkward dengan korang semua. Biasalah baru lagi.

Masa berjalan, kadang-kadang laju, kadang-kadang perlahan, kadang-kadang rasa macam masa tak bergerak pon. Tup-tup dah 3 tahun kita berkawan, eh bukan setakat kawan je taw kita dah jadi lebih dari tu. Kita dah macam FAMILY. Seorang takde, rasa awkward je.

Kenal korang dan jadi rapat sampai kan perangai aku dengan korang dah blend, semua baik buruk aku korang terima dan semua yang baik buruk korang aku terima. Kalau terasa pon sekejap je, tak sampai sejam pun kita okay balik. Ermm aku taw, aku ni sengal, degil, word vomit, tapi korang layan je. Actually, I never be this crazy when I was high school or matrix student. Maybe because of the tough environment here, I have to be more crazy. Entahlah. Layankan aje.

Korang ni bermacam-macam variasi, ada yang macam ada kuasa psikik, tahu je apa yang orang lain tak tahu, ada yang gedik dan poyo-poyo, tapi yang penting korang original, bukan plastik or spastik youth. Ada yang melayan jer, pstu bila bengang mengamuk sendiri. Ada yang unpredictable, tiba-tiba je... eh tak sangka kau macam ni, pastu kita gelak ramai-ramai. Ada yang kalau dia bersuara bunyi macam jawa lah, macam orang kampung walaupun dia orang KL. Kita kalau duduk bertujuh, macam-macam cerita keluar, bergossip yang tah sape tak kenal pun, tapi bole je jadi bahan cerita. Well, girls biasalah kami suka gossip.

Korang banyak nasihat... Nasihat-nasihat korang banyak buat aku berfikir jauh, Banyak buat aku berfikir untuk masa hadapan. Aku tahu, lately aku ada mental breakdown dan aku pun tak sure aku boleh recover balik ke tak. Aku tak pasti, tapi yang penting bila dengan korang, at least aku lupa dekat masalah aku ni, walaupun benda tu datang balik, haunting my day, ermm bukan senang nak lupa kan.

One thing for sure, when I’m with you my girls, I don’t have to worry that I am single now. Pengalaman yang dulu, yang pedih tu banyak ajar aku erti sabar. Pengalaman tu cukup perit, sakit, tapi aku boleh senyum lagi sebab korang ada. Thanks sisters.

To my sisters, I love you all.

paperKELIP : She is not me... I have the full version of this poem. Full credit to my friend Nik Nasihah. I love her, the one who always give me spiritual advice.

signature2

No comments: