Kadang-kadang benda yang aku suka tak semestinya orang lain suka dan benda yang aku tak suka pasti ada suka. Macam aku, aku ini memang tahap dewa suka dekat indie rock band, or metal band, alternative song dan aku kurang suka benda-benda yang terlalu mainstream ni... ewwww... mainstream is sooo overrated, padahal takdelah best sangat pon, kata seorang hipster.
Mungkin orang boleh label aku dengan cara pakaian aku ni ala-ala vogue, tapi cara aku tak sama macam orang lain. Contoh kita ambil, aku pakai shawl, dan ada orang lain pon pakai shawl, orang lain pakai shawl dengan skirt labuh siap ada ikat pinggang dengan baju neon colour tak cukup lagi owh skirt pon neon colour. Ala-ala fashionista. Tapi aku tak pakai macam tu. Aku pakai shawl dengan sweat shirt and cargo pant, or jeans or whatever yang aku rasa ada gaya ala-ala indie or vintage value.
Dan... orang mungkin suka gila bila update status facebook dia dengan penulisan yang panjang-panjang macam nak buat cerpen. Tahap yang bila kita pakai smartphone nak scroll ke bawah punyalah lama mak oii. Tapi aku pulak paling panjang pon tiga baris sahaja dan ayat yang aku tulis tu mungkin hanya aku dan beberapa orang kawan je yang faham. Sebab bagi aku, kalau semua orang faham dengan ayat yang aku tulis, tak private lah kan. Dan kawan-kawan dekat facebook tu yang TAK KENAL pon ada. Strangers. Tapi kalau follow aku kat twitter banyak lah benda yang aku merapu kat situ.
Atau... orang yang dah bercouple ni memang suka geli-geli eh di facebook? Pastu kalau marah dengan pasangan masing-masing mula lah merapu meraban, marah-marah. Awak sangat tak menghormati orang lain. People judge you know. Awak kalau awak nak buat macam tu, saya unfriend nanti awak mengamuk. Baik awak buat twitter, awak nak mengamuk pon xde orang kesah. Tapi make sure time tu timeline takde manusia.
Owh semestinya... Manusia ni memang tak pernah nak puas hati. Aku paling geram dengan manusia yang amek gambar dalam restoran pastu caption "Eeeeii... kitew dah mokmok lah!" eh dah tahu gemuk pergi restoran fast food, hentam makan banyak-banyak, pastu GEDIK. Pftttt... atau dengan jenis manusia yang kurus kering buat status "Ermm... ittew dah gemuks, naik 2-3kg" okay sila pergi meninggal SEKARANG... I demand you!
Tapi itulah. Mungkin ramai orang suka pakai baju tudung, top and bottom dia warna yang striking, ada yang suka tulis status macam nak buat esei SPM, ada yang suka couple geli-geli di home mereka sebab mereka rasa couple tu sweet dan sememangnya ada yang suka poyo dia gemuk padahal tak pun.
Dan saya sebaliknya dari anda.
paperKELIP : You know what, my university came up with new term and regulation this semester. All the students must wear formal attire. We can only wear Blouse, Kemeja (Shirt), Slack, skirt and baju kurung. No more jeans, and t-shirt!!! And... I have to wear baju kurung like everyday to the class.This is some kind of torture.