Facepalm banyak-banyak kali pun memang tak akan lega, tapi bila dah hantuk kepala sendiri kat telapak tangan, rasa macam sedar diri lah jugak yang kita dah buat silap.
Aku terpaksa ulang farmako blok 15 sebab aku dah amek sp aritu tapi aku tak tahu lah kenapa tak lulus-lulus, sebab soalan tu susah tahap bangang atau aku yang bangang walaupun aku rasa aku dah hafal semua ubat kulit tu. Mungkin Allah swt tak buka lagi rezeki untuk aku lulus farmako blok 15 tu aka ubat-ubat untuk penyakit kulit kelamin.
Nak di jadikan cerita, disebabkan aku kena ulang dengan junior 2010, maka adalah praktikum aka lab. Dan aku rasa kelakar tengok junior-junior ni terkial-kial masa lab farmako, owh fatehah kau pon dulu 2x5 je. Disebabkan ada lab, makanya adalah ujian untuk lab sekali, dan disebabkan uni aku ni dah tukar sistem dari ujian 1 paper 1 subjek ke semua subjek 1 paper, maka aku ingat ujian teori anak-anak ulang pon akan bersama ujian integrasi junior ni.
Ujian untuk lab adalah pada hari isnin kelmarin dan ujian integrasi tu adalah hari jumaat ni, walaupun aku tak kena amek ujian integrasi, just ujian teori farmako, maka aku sangat yakin, yakin gila, kalau boleh ukur tahap yakin aku ni guna meter, pasti meter tu dah mencecah ke tahap petala kelapan. I am like 100% sure, convinced, that test will take this Friday. Yes.
Jadi pada hujung minggu lepas, walaupun aku frust menonggeng macam kera tak dapat bunga, aku gagahkan jugak lah diri aku ni untuk study lab farmako tu. Study balik how to prescribe skin medication to patient, how to write a prescription, what is marmot... eh ??? Marmot tu binatang uji masa kita orang buat lab hari tu, ada 4 ekor, 2 ekor dah kena suntik dengan antihistamin 30 minit sebelum uji kaji, 2 ekor lagi tak, sebagai parameter je. Marmot yang tak kena suntik tu kena bronkospasme masa kena semprot dengan histamin, menggelepar gak dorang, nasib tak mati je sebab cepat-cepat suntik dia dengan antihistamin, nyawa tu weyh, nyawa tahu tak ?? Dah takat tu je cerita marmot tu.
So, sebab aku macam way too convinced, maka masa hari ujian tu aku macam terkejut tahap gajah kena sergah dengan harimau bila kawan aku cakap, “Gag Fatehah, ini bukan cuma ujian praktikum aja, tapi sama teori”. Aku macam dah WTF!!!! aku tak tahu pon. Kalau ikut kartun meme tu memang reaksi aku dah FUUUUUUUU! Aku masuk dewan peperiksaan dengan hati yang cuak, rasa macam akulah manusia paling bodoh saat itu. Dapat je paper aku terus jawab soalan lab, tapi aku jeling-jeling gak lah soalan teori tu, mana tahu kot-kot Dr Yas tanya, “Macam mana nak buat bom tangan?” mahu aku lolx sorang-sorang kat situ. Tapi tak sebab tiga-tiga Dr tu tanya soalan yang dalam syllabus je.
Dan nasib baik lah walaupun aku tak study teori, tapi sebab aku dah buat notes so aku pun cuba lah guna ingatan sipi-sipi aku ni untuk menembak mana yang patut. Dan nasib baik ada Herr masal, kalau tak mati aku, kalau tak lulus lagi memang double idiot lah teha oi, makan asap, tak grad-grad lah aku.
Owh, sebenarnya ada jugak orang yang senasib aku, dia pon tak tahu yang ada ujian teori bareng ujian praktikum. Dia pon cakap dia lolx sorang-sorang dalam hati. Rupa-rupanya kawan-kawan aku ingat aku dah tahu, dorang pon tak tahu aku tak tahu sebab aku tak tanya, dan lagi best orang-orang yang tak tahu ni semua orang yang tak pakai Blackberry aka BB. Hmmm kena pakai BB ke ?? BB... LULZ.
Penting sebenarnya BB nih. Tapi aku je nampak BB ni tak penting, BB cream penting lah kot. Muahahahaha. Boleh buat pepatah baru ni, “BB is lifesaver, without it you lost”
Tapi... walaupun aku rasa dah kena troll dan lolx to the max, aku dengan santainya balik rumah, pergi kedai, beli rootbeer dan ice-cream, sampai rumah, cari cawan, tuang rootbeer dalam cawan, letak ice cream dalam rootbeer, duk depan kipas, makan. SEDAP.
“LIFE MUST GO ON BABEYH”
No comments:
Post a Comment