Assalamualaikum... :D
Pernah tak korang rasa macam loser gila?? Gila punya loser lah kan, tengok dunia pon macam tiada perasaan... Well, aku pernah, bukan aje pernah, tapi selalu lah kot. Aku kan perasan. eh...
Okay this is my story, story of my own experience, story that never been told by others... ahaks ;p
Adalah lebih kurang dalam 2 bulan lepas kot, waktu tu baru je abes sem 7, dan kita orang adalah cuti dalam 1 minggu, tapi waktu tu memang kelam – kelibut, I had a very tough week, a messy one, not messy as Lionel Messi, dia comel + handsome, so takpe. Masa tu lah keluar result OSCE, masa tu jugak lah keluar result sem 7 dan masa tu jugak lah aku rasa uni aku ni memang ada masalah untuk berkomunikasi dengan baik, eh bukan uni aku lah, ketua PPSK dia, amek kau, disebabkan nila setitik habis susu sebelanga. Nasib baek dokter ni cute, comel serta hansome, daripada aku berapi-api nak jumpa dia, bila dah jumpa terus padam api aku, kalau tak memang hangus lah satu kampus tu aku fire. Cess...
Owh... Rasanya masalah kat atas tu memang tak cukup untuk buat aku menjadi seorang yang tak berperasaan kan. Okay... Kronologi dia begini, adalah seoran makhluk Allah ni, dia ni memang tak faham bahasa manusia aku rasa, dah beratus juta kali atau trilion kali dah aku cakap kat dia, “What happen in the past, let it be, I don’t want you back, you cheat on me, you lie to me, and yes I am one stubborn fella, so to accept you back as a bf, it a no no situation, I will never ever accept you”
Takat nak ayat aku balik guna FB inbox, tak payah lah, kalau manusia tu daang jumpa aku bawak bunga dengan cincin pastu melutut depan abah aku pun, aku tak akan terima dia. Eh Sorry lah. “People said once a cheater always a cheater”, sebab aku rasa aku ni pon species pernah menipu masa kecik-kecik dulu, dan sekarang pon kadang-kadang aku ada lah bohong bila pak taksi tanya aku ni orang Malaysia ke, sebab aku malas nak bersoal jawab, aku cakap aku orang Brunei (hahaha), so aku rasa kenyataan kat atas tu valid and never have expired date. Dan manusia ni memang tak faham bahasa manusia, so dia paksa-paksa aku.
Dah lah buat salah tak nak mengaku, banyak alasan, alasan tak valid, lepas tu ada hati nak paksa-paksa aku, sebab aku bengang, aku block je mamat tu terus, fb, skype and ym. Aku bengang ah, dan aku stress, baru je nak happy-happy dah ada orang ragut rasa gembira aku tu, dan untuk menambah kan lagi rasa... itu lah dia uni aku... mesti korang rasa aku ni ntah apa-apa kan, benda kecik je pon dah nak kecoh. Well my dear, life is not what we look like it is.
Tak akan lah aku nak bercerita yang buruk-buruk pasal uni aku, cukup lah kita orang yang jadi mahasiswa aje yang tahu. Well at that moment, memang aku rasa aku ni bukan manusia lah, yang aku tahu waktu tu asal aku mandi dan sembahyang dah cukup, makan pon aku rasa sebab memang dah waktu makan, kalau tak makan nanti gastrik, kalau tak buat apa-apa aku baring je atas katil, mata pandang siling, tidur pon macam ayam, penuh dengan mimpi ngeri je aku rasa. Aku tak menangis, aku tak senyum sangat, aku gelakkan pon aku gelak dengan muka tak berperasaan. Waktu tu memang aku rasa aku ni dah hybrid dengan android yang dalam cerita Star Wars tu, takde perasaan.
And then, one of my girlfriends said “Teha, menangis lah kalau tu bole buat kau rasa lega, menangis bukan bermaksud kau lemah, jangan lah dengar lag merepek-merepek tu untuk hilangkan sedih” Owh yeah, aku memang dengar lagu-lagu rocks heavy metal, lega rasanya, kesimpulannya aku memang tak akan menangis, kalau aku duduk sorang-sorang pon aku tak menangis, duduk dengan dia orang lagi lah aku tak akan menangis, dan memang aku rasa dah lama gila aku tak menangis, aku rasa ductus lacrimalis aku nih tak nyambung dengan emosi aku, time aku potong bawang atau makan benda-benda pedas gila je baru dia nak merembeskan air mata.
Disebabkan aku rasa aku ni dah jadi cyborg, dan aku rasa aku patut bertukar menjadi manusia yang berperasaan balik, maka aku pon berfikir :
Premis 1 : Ingat mama, sedih
Premis 2 : mama dah takde, menangis
Conclusion : Ingat mama bole buat aku sedih dan menangis.
Okay this premis, conclusion thing memang sangat maths and I don’t like maths, memang tak nyambung lah premis conclusion tu.
Untuk mengembalikan kemanusiaan aku balik, aku rasa ada 1 benda je kalau orang sebut depan aku, bukan setakat sebut, kalau dia orang tunjuk depan aku pun memang serta merta aku akan sebak. Tapi sebab time tu aku punya EQ dah macam subzero (alaa subzero yang Mortal KOmbat tu), dan memang dah zero habis, aku pun teringat kat Sami Yusuf punya lagu “MOTHER”. Aku search YT, kasi feeling sikit tengok video dia, hayati lirik... and yeah finally aku rasa baju aku dah basah lencun. I am human again.
Hargai lah emosi yang Allah swt dah kasi kat kita, jangan jadi macam aku, tengok lah, sampai sekarang aku masih lagi tercari-cari mana pergi semua emosi aku. Yes aku bole happy, senyum, marah, bengang, sakit hati semua tu, tapi rasa tu sekejap je, sesaat aje, then aku jadi android balik. Susah jadi Fatehah Malik ni, dan tak tahu sejak bila Fatehah Malik ni berubah jadi macam ni. Susah nak tunjuk affection yang betul-betul jujur dari hati, dan aku tak tahu sama ada aku ni seorang anak yang baik atau tak, seorang kakak yang baik atau kejam dekat adik-adik atau seorang kawan yang ikhlas atau buat-buat ikhlas. Dan aku harap aku anak yang baik, adik yang dengar kata, kakak yang baik hati dan kawan yang ikhlas. Owh, dan aku juga berharap aku ni bukan Subzero.
So the conclusion... Jangan lah buat-buat takde perasaa, jangan lah cuba-cuba practise jadi heartless, once you go there, it’s hard to return back. Kalau macam rasa sedi, menangis je, kalau gembira senyum ucap syukur, kita kan manusia... DIA kan memahami.
paperKELIP : Masya-ALLAH, Alhamdulillah I gain my emotion back when I was in Malaysia last month. I kept thinking, what Abah told me, what will happen to me if I’m not trying to change to a better person as I am not a 18 years old girl anymore right. And I hope I can keep this emotion as long as possible, as long as until HE take me from this world.